Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-12-03

Kem Pemantapan Smart Camp 2012



Kem Pemantapan Smart Camp 2012
23-25 November 2012
Nazar Impian, Teluk Resang
Smart Camp
Aku: Ketua fasi, modul, pemain hati dan perasaan.

Aku pernah kot cerita pasal kem pemantapan 2010, dimana ketika itu, aku naive, baik, berbudi bahasa, sopan santun, bertatasusilaan. Setelah 2 tahun berlalu, semua sifat-sifat mulia tadi tu telah hilang, digantikan dengan sifat-sifat yang kurang mulia. Contohnya gembira melihat orang lain sengsara. Siapa-siapa yang menafsirkannya secara salah maka salah la anda.

Kali ini, dijalankan di Nazar Impian, Teluk Resang, nama owner tempat tu Nazari kot. Tempatnya memang cantik, menarik, sejuk mata memandang. Tapi yang peliknya masa kitorang datang dalam pukul 6 petang sampai la malam, tiada sepoi angin pun ditiup. Apa kejadahnya tepi pantai yang indah ini tak ada angin. Tapi siapa aku untuk mengkritik kejadian berkenaan, aku bukan ahli meteorologi, aku sekadar ahli elektrik, itu pun tak habis belajar lagi. Aku rasa disebabkan kritik tentang angin itu terlalu banyak, sehingga malam itu kami dicurahi hujan rahmat yang sangat banyak, disertai angin yang ditiup tidak secara sepoi lagi. Secara meteorologi nya, jika tiada angin di waktu petang, sedia lah payung di waktu malam.

Untuk kem kali, ada 15 orang peserta, 3 lelaki. Memang itu target aku. The lesser the better (sorry my english.. LOL). Lebih mudah untuk aku permainkan diorang. Untuk pengetahuan, semua modul dan aktiviti dalam kem ni aku tak pernah main pun. Itu kesilapan aku. Tapi tak pe la, semua orang ada kelemahan dan aku gembira kerana dapat melihat kesengsaraan orang lain lagi-lagi ketika diorang kena angkat batang kayu tu. Arahannya mudah, angkat batang kayu tu secara berjemaah dan bawa ke pentas tu dengan syarat semua jari ahli kumpulan kena bersentuhan dengan kayu. Tapi setiap kumpulan buat benda ni lebih 30 minit. Jadi rasionalnya, apa yang kamu dengar bukan semudah yang kamu sangka.

Makanan, kitorang telah memilih 5 orang tukang masak berkaliber dan aku rasa kalo masuk masterchef pun belum tentu juri masterchef tu nak terus menjadi juri. Sedap. Tak sia-sia la diorang datang situ. Telur masak merah sedap, ayam paprik sedap, ayam bbq pun sedap. Memang diorang kene buat interview kat hotel-hotel ternama. Kalo tak, sia-sia bakat tu.

'Sepetang bersama atuk'. Salah satu slot underground yang dikelolakan oleh mustafa kassim. Slot ini lebih kepada usrah dalam memupuk semangat dalaman kepada peserta yang menyertai slot ini. Slot ini terlalu underground sehingga hanya ada 2 sahaja peserta yang rela hati menyertainya.

Terdapat slot-slot lain yang secara tiba-tiba muncul tanpa rancangan awal. Alhamdulillah, gaya tiba-tiba muncul itu tidak ada. Nampak sangat profesional mereka dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh, secara tiba-tiba ada modul gamble kecil-kecilan di akhir program. Tujuannya murni, rasionalnya nampak jelas dan jangan amalkan permainan itu di kehidupan sebenar.

Slot mencari hint ala-ala runningman itu pun sebenarnya slot tiba-tiba gak. Bermula apabila tiba-tiba aku malas nak main lampu suluh dimalam hari, aku suruh rafi dan rozana untuk menyetelkan keadaan. Dan mereka dengan gaya semi-professionalnya menyiapkan tugasan yang aku beri. Jangan risau, modul itu boleh lagi kita perbaiki.

Secara keseluruhannya, aku gembira dengan kem ini. Nampak sikit kekurangannya dan yang paling penting adalah semua yang ada bergembira dan sangat-sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantu aku secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya tanpa kamu semua membantu maka aku akan pening berseorangan. Tunggu kem pemantapan tahun hadapan.... =)

*Fatin (salah sorang tukang masak), aku tak ingat aku da bayar blom ais krim cornetto tu kat ko.. kira halal ye.. aku da puji abis da ko kat entri ni..
*gambar.. aku x tau kat sape.. nanti aku mintak..

No comments: