14 Oktober 2012
Bunyi macam lama sudah benda ni berlaku. Tapi dalam diri aku, ia masih segar sehingga aku boleh ingat tiap detik dan saat apa yang berlaku pada hari itu. Hari dimana beramai-ramai bekas pelajar UTM membaling beret bersegi empat dan memakai jubah ala-ala harry potter gitu, cik virus juga tidak terkecuali.
Hari tu cerah diawalnya. Setelah malam yang bersuka ria, itu malam terakhir aku tengok wayang sehingga hari ini. Pagi-pagi lagi, cik virus dah call. Hantar dia ke dewan tempat semua orang berkumpul. Aku iya kan. Memandu gen2 dengan hati gembira dan berhati-hati, melihat dia gelisah kerana terlewat.
Kemudian masa dicepatkan ke tengahari, cuaca masih cerah, indah, permai, dan atmosfera di hadapan dewan dan masjid itu terlalu ceria, terlalu banyak senyuman, terlalu banyak positif efek, bunga-bunga, gembira. Aku sampai disana dengan terpinga-pinga, rasa rindu dari cik virus tapi aku sendiri tidak menjumpai mana puncanya rindu itu dek kerana terlalu banyak benda mengacau panggilan rindu itu. Berkali-kali berpusing-pusing, melangkah sana-sini. Jumpa sahabat lain yang turut bergembira, hanya mampu ucap tahniah. Dan terus mencari apa yang tidak jumpa tadi.
Akhirnya satu senyuman paling ikhlas diwujudkan oleh dia. Dia yang terindah, tercantik, termanis, telah muncul dalam bentuk yang aku boleh cintai. Aku hanya boleh menyapa, mengucapkan tahniah untuknaya, cik virus. Aku tahu hati aku terlalu gembira. Dan aku harap dia juga.
Menghabiskan masa bersamanya tengahari itu, adalah masa-masa yang paling aku hargai. Masa-masa yang aku tahu takkan ada yang kedua. Walaupun masa itu dia menguruskan hal-hal serius, kami tetap gembira. Dan pastilah kami tidak menghiraukan kegembiraan orang lain. Hanya tenggelam dalam kegembiraan diri sendiri.
Sehingga waktu petang, ketika cuaca sudah tidak cerah lagi, hujan mencurah-curah jatuh tapi atmosfera masih kekal sama. Masih gembira, masih tersenyum, masih positif. Aku dan cik virus masih bersama, di kafe, bukan kafe kebiasaan tapi kedudukannya masih sama. berhadapan. gembira. walaupun senyap.
Siapa kata, kegembiraan hanya dengan bunga, coklat atau hadiah-hadiah fizikal sahaja. Aku rasa hanya aku sorang teman lelaki yang tidak beri bunga untuk teman wanitanya dihari bersejarah itu.
Tapi segala yang indah-indah macam ni pasti ada yang kurang indah. Dah tentulah saat berpisah. Mana mungkin aku dan dia bersama buat masa sekarang. Simpan rindu itu diam-diam. Luahkan bila dapat masa indah yang lain. Segala indah untuk aritu terberhenti di hadapan masjid. ya. dihadapan masjid. Dengan keputusan, aku gembira, cik virus gembira. dan pasti itu takkan dilupakan aku, dia, mungkin masjid itu juga.
Akhirnya aku pulang ke bilik, dengan basah kuyup, helmet kena curi, selsema, penat. Dua tiga hari kemudian aku demam. Tapi hari 14 oktober tu adalah hari paling gembira buat aku.
Sehingga kita boleh berjumpa lagi. Sayang. cik virus.
No comments:
Post a Comment