307 mukasurat
Buku FIXI
Kurang 24 jam di minggu yang sibuk, durasi aku menghabiskan novel ini. Sangat addicted. Walaupun penamat ceritanya sama. Diulangi, SAMA seperti mana-mana cerita zombi yang pernah wujud. Melalui pemerhatian aku yang cetek ini, memang susah nak buat penamat sebenar cerita zombi. Tengok la cerita-cerita macam zombieland, I Am Legend, Resident evil, Walking Dead yang nampak gayanya akan bersambung untuk berseason-season lagi. Kita lupakan dulu pasal Zombi Kampung Pisang yang korang boleh katakan penamatnya rubbish, tapi sekurang-kurangnya dia berjaya menamatkan wabak zombi itu. Tak macam cerita-cerita lain. Masing-masing penakut ingin membuat penamat sempurna untuk cerita zombi.
Adakah zombi ini tak dapat dihapuskan seratus peratus. Adakah perlu tunggu sampai terjadi seperti zombi-zombi di dalam cerita Resident Evil 5;Redistribution. Tidak dapat dikawal dan semakin berleluasa? Ha, itulah yang aku cari dalam buku ini. Dan hasilnya hampa. Tak pe, mungkin ada buku atau cerita lain yang mempunyai penamat zombi yang betul-betul happy ending seperti filem Zombi Kampung Pisang.
Lupakan tentang penamat, kita cerita tentang keseluruhan cerita. Ok, Aku rasa secara jujurnya, novel ini membuatkan kita seperti membaca novel luar negara, novel inggeris contohnya cuma dalam atmosfera dan keadaan di Malaysia dan ia juga berbahasa malaysia. Sebagai contoh, kalau kita baca novel luar adanya Washington, di dalam novel ini ada Putrajaya. Kalau kita baca novel luar adanya seorang negro bermasalah, dalam novel ni ada seorang melayu bermasalah. Kalau kita baca novel luar ada perhubungan terlarang tanpa ikatan sah, dalam novel ni pun ada. Kalau korang fikir novel luar lebih seronok, fikir sekali lagi, kenapa aku habiskan novel ni dalam masa kurang 24 jam di minggu yang sibuk. Ya, penceritaannya menarik, membuatkan orang nak tahu apa yang berlaku selepas itu. Itulah kekuatan utama novel ni.
Bagi aku, jalan ceritanya tidaklah begitu seronok. Mungkin ada lainnya macam 5 sahabat tu, aku ingat diorang survive sampai akhir. Rupanya tak. Mungkin aku inginkan penamat sempurna tapi penulis berikan penamat yang sama. Haha..
Lagi satu, novel ni da diadaptasi pun jadi filem. KL Zombie. Zizan jadi Nipis. Siti Saleha jadi Sofea kot. Entahlah. Yang pasti aku menunggu filem ni ditayangkan. Nampak macam ada kelainan dalam panggung Malaysia.
*untuk pengetahuan, 2,3 hari sebelum aku baca novel ni aku mimpi aku berada di dunia yang penuh zombi, dalam mimpi tu aku kat kelantan. dan akhirnya aku mati. dalam mimpi sendiri pun aku tak leh jadi hero.. haha...