Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-06-11

Fabel: Cik Virus III


Pondok Jepun Warna Putih

Hei, nak ikut saya pergi satu tempat hujung minggu ni?

Kemane? Tak tahu lagi. Masih banyak kerja bertimbun yang perlu diselesaikan.

Tak pe. Kita santai sahaja. Boleh hilangkan tekanan.

Kenapa ajak saya? Tak ada orang lain?

Tak. Kamu paling sesuai. Kita temankan orang sebenarnya. Dia berjalan berpasangan. Dia tak mahu orang yang lain yang dia kenal tahu dia sedang berpasangan. Dan saya pilih kamu untuk jalan berpasangan dengan saya.

Perbualan beberapa hari lepas antara aku dan cik virus. Ini pelik, perasaan ini pelik. Gembira ada, janggal pun ada. Tapi sungguh, ini keinginan aku. yeah.

OK.

Maka tibalah harinya. hari sabtu, indah. menaiki kereta kancil. Dalam hati ini, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira, gembira. Setiap langkah bagai dicampakkan kelopak bunga mawar merah yang banyak dari atas. Sangat berbunga-bunga seolah tiada apa yang lebih gembira dari keadaan ini.

Sampai satu tempat, kami duduk bersama. Di bawah pondok berdekorasi ala-ala jepun. Warna putih, ada tingkap bulan berbingkai hitam. Cuma tiada upacara minum teh herba sahaja. Kami duduk di beranda, bercerita tentang itu ini, bergelak ketawa tentang itu ini. Dia banyak cakap petang itu. Dan petang itu berlalu dengan cepat. Tapi penuh makna, aku dapat kenal dia, tahu apa yang sebelum ni aku tak terlintas pun dalam kepala ini dan aku gembira, meskipun dia seorang penyebar virus comel.

Ketika pulang, Aku masih senyum, dia juga senyum. Dia nampak gembira. Aku harap dia gembira. Kemudian ada pari-pari comel, pandang aku dalam-dalam. tenung mata aku dalam-dalam. Aku rasa dia nampak kornea aku, mengecil, membesar, tanda gembira.

Betul ke kamu nak masukkan dia dalam hati kamu?

Aku angguk, yakin.

Tahulah kamu gembira, tapi janganlah pukul-pukul beg dia. =)

2012-06-09

The Oranje Is Coming...



Juara 1988. Belanda, Netherland, Holland, The Flying Dutchmen, The Oranje kembali ke Euro 2012. Untuk menebus kekalahan final World Cup 2010 South Africa kepada Spain. 1-0.

'Kami tak pandang sesiapa, kami pandang Sepanyol sahaja, mereka ancaman utama' -Edwin Van der Sar.

Berkumpulan dengan Jerman, Portugal, Denmark adalah bukan satu masalah. Dulu pun same, Euro 2008, sekumpulan dengan Perancis dan Itali. Selambe je dikitai oleh anak buah Marco van Basten ketika itu.

Tahun ni. Dengan rata-rata daripada skuad World Cup 2010 hari tu. Mempunyai semangat juang yang tinggi. Ingin menebus maruah yang tercalar pada Final dua tahun lalu. Harapan itu hanya ada pada Euro 2012. Satu medan terbesar Eropah.





Goalkeepers: Maarten Stekelenburg (AS Roma), Michel Vorm (Swansea), Tim Krul (Newcastle).

Defenders: Khalid Boulahrouz (Stuttgart), John Heitinga (Everton), Joris Mathijsen (Malaga), Ron Vlaar (Feyenoord), Wilfred Bouma (PSV Eindhoven), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV Eindhoven).

Midfielders: Ibrahim Afellay (Barcelona), Mark van Bommel (AC Milan), Nigel de Jong (Manchester City), Stijn Schaars (Sporting Lisbon), Wesley Sneijder (Inter Milan), Kevin Strootman (PSV Eindhoven), Rafael van der Vaart (Tottenham).

Forwards: Klaas-Jan Huntelaar (Schalke), Luuk de Jong (FC Twente), Dirk Kuyt (Liverpool), Luciano Narsingh (Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich).

'Veel geluk de Oranje'

Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan EURO 2012 di UTM



Hari ini. Pasti hari yang sibuk di Poland dan Ukraine. Menyambut tiga minggu bahagia penuh dengan pemerhatian masyarakat dunia. Ketiak mereka pasti basah. Tapi kewangan mereka pasti akan kukuh selepas ini. Ya, disinilah tempat keramat dimana 16 pasukan Eropah berebut satu piala. Piala keramat Eropah, EURO 2012.

Aku, di satu blok di satu kolej di sebuah universiti di selatan johor, di selatan semenanjung Malaysia di satu penghujung benua Asia sedang melihat luar tingkap. Hujan renyai-renyai. dan berharap ia akan berhenti supaya aku dapat pergi N24 pagi ini. menonton EURO 2012. Walaupun langsung tiada kaitan dengan Malaysia. Tapi orang Malaysia memang suka mengikut-ikut. Biase la. Team negara sendiri tak power mana.

Malam ini, Rep.Czech menentang Russia. Mengikut politiknya, kedua-duanya dulu dibawah komunis. Info yang tiada kaitan untuk perlawanan ini.

Aku tidak menyokong mane-mane. Hanya ingin menghiburkan hati ini, Tension mungkin. Entah. Soal hati sendiri aku pun tak tahu.






2012-06-08

Smart Camp Arabic Night

Jamuan Akhir Tahun dan Alumni
4 Jun 2012
Bilik Jamuan Dewan Sultan Iskandar,


Manisnya pertemuan, indahanya kemesraan. Ade yang kate indahnya pertemuan, manisnya kemesraan. Ape pun ia, malam itu memang happening. Mungkin pasal MC malam itu, mungkin juga tidak. Haha.

Such a great moment with all the Smart Campers.
Perempuan

Lelaki

Perempuanlelaki


Abang-abang gedang perkasa
*puas hati mengenakan orang malam itu. Maaf Rozana yang perlu menjadi pelakon untuk videoclip lagu Rozana...