Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2012-03-29

Terengganu; ia tentang Khidmat Pendidikan juga tentang Masjid Kristal.


Kem Mumtaz Sokmo
24-25 Mac 2012
Sek Keb Padang Mengkuang, Bukit Payung, Marang, Terengganu.
Kelab Smart Camp
aku: Ketua Fasilitator.

Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ini ke bumi terengganu buat kali kedua selepas pertama kali pada tahun 2009 yang lalu. Aku tak tahu, apa yang istimewa terengganu itu, tapi aku rasa sangat-sangat gembira bila berada di sana. Terima kasih Fatin Nabilah Wacha kerana berjaya bawa aku serta 24 fasilitator lain ke bumi terengganu.

Aku disana sebagai ketua fasilitator, bermaksud manusia yang paling baik dengan adik-adik fasi serta manusia yang paling banyak pegang mikrofon. Aku tak kisah, asalkan ada sesuatu yang aku pelajari, aku tak kisah. Ini first time, setelah beberapa kali aku melihat adik-adik sebagai fasilitator kumpulan, kali ini aku gah diatas pentas memegang mikrofon bersembang santai, berefreshment bersama adik-adik. Dan jika kau tahu bagaimana gemuruhnya berada diatas pentas, begitu juga lah gemuruh aku.

Adik ni nama die Ammar Syamim

Berdepan dengan adik-adik darjah enam juga satu cabaran, betapa nakal, degil, tambeng nye diorang tu sampaikan aku nak cakap kat depan pun diorang nak bising. Terima kasih kepada Ahmad Rafi kerana wujudnya kau sebagai kem komandan untuk kem ini sangat membantu aku dan fasi-fasi lain. Tunjuk muka je, maka semua adik-adik termasuklah adik yang maha nakal, degil, tambeng juga akan tidak pandai meninggikan suara. Sebagai ketua fasi, aku amat bangga dengan kem komandan yang pandai main peranan ni, cuma aku tidak berkesempatan menyuruh dia buat refreshment rumput yang hijau diatas pentas bersama aku.


Pengalaman lain, menjadi ketua fasi, bererti aku juga adalah fasi kepada 121 adik-adik yang ade kat situ. Dan kau kena tahu bagaimana nak memastikan semua adik-adik tidak bosan dengan kau. Bunyi macam tugas susahkan? tapi sebenarnya kalau kau suruh diorang wat refreshment sahaja mereka sudah gembira.
usaha menggembirakan adik-adik; epok itai-itai


Ok itu semue tentang Khidmat Pendidikan.

Tentang Masjid Kristal.

Keterujaan kami, warga UTM, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali jejak kaki diterengganu(Rohaizad Raffe Ahmad) adalah sangat tinggi. Ape yang kami tahu di terengganu ada masjid kristal. Dan monumen pertama yang kami nampak selepas keluar bas pada kul 6 pagi adalah masjid, maka secara automatik mereka berkata 'dah sampai masjid kristal da' padahal itu adalah masjid besar daerah Marang. Agak bangang rasanya pabila mempercayai ia adalah masjid kristal. Nasib baek aku tau struktur masjid kristal camne, tidak aku tertipu.

Maka dalam perjalanan ke sekolah dari masjid itu, keluar lah pelbagai kristal lain seperti, bas sekolah kristal, kedai kristal, rumah kristal, kilang kristal. Semua kristal belaka.

Terengganu juga sinonim dengan keropok lekor/losong/jari. dan serius, ia sangat sedap. tidak tahu lah sedap kerana ia percuma (dibelanja oleh cikgu sekolah. terima kasih cikgu) ataupun ia dimakan dibumi terengganu ataupun kami sedang lapar time tu. yang aku tau ia sedap. Keropok itu jugalah aku wat ole-ole untuk para roomate aku.
tengok effect keropok losong pada faiz. Nita masih boleh dikawal lagi, belum overdose

Menu makan. Aku tak nak sentuh tentang nasi kerabu, nasi biase, bihun goreng mahupun sandwich tuna kerana semuanya sedap. Tapi aku nak sentuh tentang nasi dagang, kerana ia maha sedap. haha. Tak pernah aku merasa kesedapan nasi dagang camtu. Sedap sampai aku terpaksa mesej mak, akak aku yang aku sedang makan nasi dagang yang sedap. Tapi malang, aku hanya dapat makan tu sikit je. Sebab penat, risau, kurang sihat telah menghalang selera aku. BTW. nasi dagang tu memang superb.

Tentang Dila? Aku tidak punya hak untuk menulis nya. tapi secret recipe tu sedap.

*Aku makin teruja tulis banyak2 ni. Biar korang bosan membaca.

Oh, jgn lupa. Tido statik dalam bas + aktif bergerak selepas keluar bas + kasut baru = kekejangan otot kedua-dua kaki.

Aku rase tu je. Perkara-perkara selepas kem tu hanya biasa-biasa je seperti pergi ke masjid kristal yang sebenar serta berjalan-jalan di pantai batu burok, makan malam di tepi pantai invisible. Biase-biase je sume tu.
ni gambar ketua fasi bersama 3 org ajk modul didepan pantai.. x lebih dari itu..




masih dalam mood bercinta.. AHAKz..

No comments: