Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-12-26

BOCO 2011!

Pada awalnya, aku tak tahu pun tentang event ini. Pada awalnya aku tak terfikir pun untuk keluar dari johor minggu ni. Pada awalnya, aku rase macam minggu terakhir study ni membunuh aku, menusuk dengan pedang tirus beracun masuk ke dalam dada dan seterusnya hati dan berdiam selama lima saat sebelum di bawa keluar dengan tarikan yang sangat kuat membuat aku tersekat-sekat pernafasannya pada hari jumaat lalu. dan Alhamdulillah, pada akhir minggu itu yakni sabtu ada satu event yang berjaya memulihkan kembali kerosakan hati dan tubuh ini. Seperti satu elixir dari kayangan dengan menghadiri ke majlis pelancaran buku pertama wani ardy; langit vanilla.


Pada malam jumaat itu ada malam bbq, khas untuk ahli kelab smart camp. Aku sanggup meng-cancel kehadiran aku ke event itu untuk menaiki bas ke shah alam. meskipun semua tahu, aku telah membayar untuk event itu. tapi, rm 9 itu terlalu murah untuk ape yang aku alami ketika di boco 2011.

aku sebenarnya maseh tak tahu kenapa boco 2011 itu istimewa buat aku, mungkin kerana telah terlalu lama tidak pergi ke event sebegini kerana last sekali aku pergi adalah pekan frinjan ke 20 aritu kot. dan mungkin juga sebab aku nak dapatkan buku langit vanila itu.

tapi aku rase faktor paling utama adalah tekanan yang aku hadapi pada minggu terakhir study itu. dengan kuiz, report, test, presentation, lab yang bertindih-tindih. aku mengalami kejutan dahsyat. sebab itulah aku mengambil keputusan untuk pergi keluar dari tekanan itu selepas menempuhinya. dan aku dapat tahu kini, ia amat berbaloi.

selepas ke boco 2011, aku pergi ke KPJ Seksyen 20, melawat akak aku yang mengalami komplikasi selepas pembedahan appendix oleh pakar-pakar bedah bodoh dari hospital sungai buloh. kerja tak pernah nak ikhlas, macam ni la jadinya. tak pasal-pasal akak aku kena tahan kat KPJ Seksyen 20 tu. dan aku harap dia akan pulih secepat mungkin.

dan kini aku dirumah. destinasi terakhir untuk merehatkan minda bersama mak abah, kucing-kucing serta member-member sekolah. esok perlu pulang ke UTM sebab dah ade orang rindu disana.

haha. BOCO 2011!. Terbaik!!!

No comments: