Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-12-20

5 pagi..


Hampir 5 pagi. Masih disini, memusing cawan yang berisi cecair warna merah di tangan. Bersendiri di kelab ini. Para penari sudah penat menari, dan manusia lain sedang sibuk bercengkerama bersama pasangan. Hanya tinggal beberapa kerat yang masih utuh duduk bersendiri membuang masa. Ini tempat malam kami. Ini tempat istimewa kami, hanya untuk membuang mase, bukan untuk hal-hal lain. Tapi kini hampir 5 pagi. Satu panggilan masuk.

Hampir 5 pagi. Masih menunggu. Menunggu menghabiskn konversasi yang bosan. Menghadap bijirin susu tanpa nafsu. Senyap-senyap menyelusup masuk rumahnya. Menunggu dia ditempatnya. Dan berpura tidur seperti aku penat tunggu dia. Aku rindukan dia. Tapi aku masih menunggu dia, yang aku tau berada dimana. Cuma tidak mahu ganggu dia walaupun rindu akan dia. Ya, kini hampir 5 pagi. Buat satu panggilan keluar.

4.30 pagi. Pening-pening. Keluar dari kelab itu. Juga bersendirian. Tak tahu mengapa. Aku bersendirian malam ini. Malas melayan dan dilayan. Berjalan menyusuri jalan kotor suburban. Penuh tangan kotor pelacur melambai-lambai mencari pelanggan. Juga tangan bersih penarik beca melambai-lambai mencari pelanggan. Tapi aku, lebih suka berjalan sendiri tanpa menghiraukan sekeliling sehingga hampir 5 pagi. Seseorang melanggar aku bahu dan bahu.

5.01 pagi. Sampai di rumah. Meletakkan gajet ditempatnya dan menuju dia yang menunggu senyap ditepi itu.

5.01 pagi. Akhirnya dia sampai. Dan duduk menemani aku di tepi ini.

5.01 pagi. Masih lama lagi ingin 6 pagi. Teruskan berjalan. Angin pagi Amerika adalah yg terbaik.




#adaptasi dari. 5 o'clock - T-pain ft. Lily Allen, Wiz Khalifa

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments: