Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-12-29

7 Hari Membalas Cinta

Itu cinta-cinta
Cinta - cinta yang sudah 4 bulan aku pelajari
Cinta - cinta yang sudah 4 bulan aku bergelumang dengan
dan kin di hujung bulan ke 5
masa untuk membalas cinta-cinta itu.
cinta-cinta itu memang setia.

Ye. Ia memang kadang-kadang menyakitkan hati
kadang-kadang menaikkan tahap tekanan jiwa
kadang-kadang memusingkan otak ini 360 darjah
kadang-kadang tidak boleh tidur lena kernanya

Memanglah. Ia adalah cinta.
dan sifatnya memang
menyakitkan hati,
menekan jiwa,
memeningkan kepala.

Barangsiapa yang berjaya memuaskan cinta-cinta itu,
nescaya akan gembira.
gembira,
tak ubah seperti kanak-kanak pulang tadika
yang mendapat kotak permainan ajaib; dindang, tora, dll.

7 hari ini adalah persediaan untuk membalas cinta-cinta ini.





-doakan aku berjaya.
dan selamat berjaya juga buat kamu.

di minggu study ini. =)

2011-12-26

BOCO 2011!

Pada awalnya, aku tak tahu pun tentang event ini. Pada awalnya aku tak terfikir pun untuk keluar dari johor minggu ni. Pada awalnya, aku rase macam minggu terakhir study ni membunuh aku, menusuk dengan pedang tirus beracun masuk ke dalam dada dan seterusnya hati dan berdiam selama lima saat sebelum di bawa keluar dengan tarikan yang sangat kuat membuat aku tersekat-sekat pernafasannya pada hari jumaat lalu. dan Alhamdulillah, pada akhir minggu itu yakni sabtu ada satu event yang berjaya memulihkan kembali kerosakan hati dan tubuh ini. Seperti satu elixir dari kayangan dengan menghadiri ke majlis pelancaran buku pertama wani ardy; langit vanilla.


Pada malam jumaat itu ada malam bbq, khas untuk ahli kelab smart camp. Aku sanggup meng-cancel kehadiran aku ke event itu untuk menaiki bas ke shah alam. meskipun semua tahu, aku telah membayar untuk event itu. tapi, rm 9 itu terlalu murah untuk ape yang aku alami ketika di boco 2011.

aku sebenarnya maseh tak tahu kenapa boco 2011 itu istimewa buat aku, mungkin kerana telah terlalu lama tidak pergi ke event sebegini kerana last sekali aku pergi adalah pekan frinjan ke 20 aritu kot. dan mungkin juga sebab aku nak dapatkan buku langit vanila itu.

tapi aku rase faktor paling utama adalah tekanan yang aku hadapi pada minggu terakhir study itu. dengan kuiz, report, test, presentation, lab yang bertindih-tindih. aku mengalami kejutan dahsyat. sebab itulah aku mengambil keputusan untuk pergi keluar dari tekanan itu selepas menempuhinya. dan aku dapat tahu kini, ia amat berbaloi.

selepas ke boco 2011, aku pergi ke KPJ Seksyen 20, melawat akak aku yang mengalami komplikasi selepas pembedahan appendix oleh pakar-pakar bedah bodoh dari hospital sungai buloh. kerja tak pernah nak ikhlas, macam ni la jadinya. tak pasal-pasal akak aku kena tahan kat KPJ Seksyen 20 tu. dan aku harap dia akan pulih secepat mungkin.

dan kini aku dirumah. destinasi terakhir untuk merehatkan minda bersama mak abah, kucing-kucing serta member-member sekolah. esok perlu pulang ke UTM sebab dah ade orang rindu disana.

haha. BOCO 2011!. Terbaik!!!

2011-12-20

5 pagi..


Hampir 5 pagi. Masih disini, memusing cawan yang berisi cecair warna merah di tangan. Bersendiri di kelab ini. Para penari sudah penat menari, dan manusia lain sedang sibuk bercengkerama bersama pasangan. Hanya tinggal beberapa kerat yang masih utuh duduk bersendiri membuang masa. Ini tempat malam kami. Ini tempat istimewa kami, hanya untuk membuang mase, bukan untuk hal-hal lain. Tapi kini hampir 5 pagi. Satu panggilan masuk.

Hampir 5 pagi. Masih menunggu. Menunggu menghabiskn konversasi yang bosan. Menghadap bijirin susu tanpa nafsu. Senyap-senyap menyelusup masuk rumahnya. Menunggu dia ditempatnya. Dan berpura tidur seperti aku penat tunggu dia. Aku rindukan dia. Tapi aku masih menunggu dia, yang aku tau berada dimana. Cuma tidak mahu ganggu dia walaupun rindu akan dia. Ya, kini hampir 5 pagi. Buat satu panggilan keluar.

4.30 pagi. Pening-pening. Keluar dari kelab itu. Juga bersendirian. Tak tahu mengapa. Aku bersendirian malam ini. Malas melayan dan dilayan. Berjalan menyusuri jalan kotor suburban. Penuh tangan kotor pelacur melambai-lambai mencari pelanggan. Juga tangan bersih penarik beca melambai-lambai mencari pelanggan. Tapi aku, lebih suka berjalan sendiri tanpa menghiraukan sekeliling sehingga hampir 5 pagi. Seseorang melanggar aku bahu dan bahu.

5.01 pagi. Sampai di rumah. Meletakkan gajet ditempatnya dan menuju dia yang menunggu senyap ditepi itu.

5.01 pagi. Akhirnya dia sampai. Dan duduk menemani aku di tepi ini.

5.01 pagi. Masih lama lagi ingin 6 pagi. Teruskan berjalan. Angin pagi Amerika adalah yg terbaik.




#adaptasi dari. 5 o'clock - T-pain ft. Lily Allen, Wiz Khalifa

Published with Blogger-droid v2.0.2

2011-12-17

facebook #1


hanya gambar yang diprintscreen dari facebook.

2011-12-13

carta hati



Lagu ni sudah berkumandang di corong-corong radio. Masih karya najwa latif bersama kakaknya mungkin. Susunan muziknya cantik. Lagi cantik dari lagu cinta muka buku. Cuma liriknya ada yang pelik, tetapi lebih bermakna dari lirik cinta muka buku. Dan pabila aku dengar lagu ni mulalah aku berimaginasi.

Jika carta hati ini betul-betul wujud di hati ini, dah tentulah yang akan dapat tempat pertama untuk tempoh berminggu minggu ataupun bertahun tahun ialah taylor swift..
Published with Blogger-droid v1.7.4