Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-11-22

malaysia juara lagi


Jika 2 tahun lepas, di laos, malaysia memenangi emas acara bola sepak sukan sea. Tahun ni di indonesia, malaysia ulang lagi perkara yang sama, menang emas dengan cara yang berbeza. Tahniah.

Tahun 2009, kalahkan vietnam di final. Mase tu aku kat kolej matrikulasi pahang. Mase tu, berkumpul ramai-ramai kat bilik tv blok A2. Amek cable tv blok sebelah. Tengok bola ramai2. Mase tu star die, aidil zafuan. Yang baru naek, shahrul idlan talaha, Fakri Saarani. Yang lain, aku x ingat. Yang penting malaysia menang emas sukan sea yang kali terakhir menang time tu mase sukan sea tahun 1989 kat kuala lumpur.

Dan tahun ni, dengan pendekatan berbeza, dengan coach berbeza, malaysia sekali lagi memenangi emas sukan sea ini. Walaupun hanya menang dengan penalti. Ia cukup bermakna sebab ia menggambarkan malaysia adalah champion di dunia asean ini. Lagi-lagi selepas mengalahkan indonesia di gelora bung karno. Ia manis sekali. Dapat menutup mulut-mulut jahat orang indonesia. (ya, orang indonesia lebih hebat mengutuk orang malaysia berbanding orang malaysia mengutuk orang indonesia).

Dengan gelaran sukan sea tahun ni. Malaysia telah berjaya mengumpul 3 kejuaraan kejohanan tahap tertinggi di asia tenggara secara berturut-turut. (Sea games 2009, AFF Cup 2010, Sea games 2011) Sekaligus menunjukkan kejaguhan secara kampungan oleh Malaysia. Aku turut gembira dengan fakta ini.

Melihat ini, para media sukan pasti akan memuji-muji prestasi malaysia di surat khabar dan tivi, dan mengatakan bahawa inilah puncak kehebatan bola sepak Malaysia. Tetapi bagi peminat tegar bola sepak Malaysia, kami dah bosan dengan gelaran jaguh kampung. Kami dah bosan dengan perlawanan Malaysia lawan Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Laos, Timor Leste. Setiap tahun pasti akan ade perlawanan dengan mereka. Sampai satu tahap, pasukan Malaysia hanya fokus untuk mengalahkan negara-negara itu sahaja.

Mungkin ramai yang tak tahu, ketika Malaysia bermain di Sukan Sea 2011 ini, pasukan utama Malaysia ada 2 perlawanan persahabatan dengan India. Dan Malaysia seri 1-1 dan kalah 3-2. Mungkin ada yang mengatakan sebab kekalahan adalah kebanyakan pemain utama bermain di sukan sea. Tetapi, bagi aku itu bukan satu alasan memandangkan India adalah pasukan nombor 161 dunia dan Malaysia nombor 151 dunia. Lainlah kalau kita kalah dengan Syria yang berada di posisi 106 dunia. Barulah alasan itu boleh diterima. Untuk pengetahuan, India adalah juara Kejohanan Bola Sepak Asia Selatan tahun 2009.

Jadi, aku sebagai peminat tegar Malaysia sejak tahun 1998 sangatlah berharap agar Malaysia tidak lagi menjadi jaguh kampung dan sekurang-kurangnya layak la bermain di peringkat asia. Tolonglah, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia (bukan sebagai tuan rumah) pada tahun 1980. 31 tahun lepas. Dan sebenarnya gelaran juara Asia Tenggara itu adalah menjadi harapan warga asia tenggara untuk melihat wakilnya bermain di Piala Asia. Sebagai contoh, tahun 2004, aku sokong Thailand di Piala Asia. Piala Asia 2011? aku x sokong mana-mana pasukan pun. Tetapi di mana malaysia selaku juara asia tenggara?

Sejujurnya, aku dah bosan melihat Malaysia lawan Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos, Filipina, Kemboja, Timor Leste. Aku mahu Malaysia lawan Yemen, Arab Saudi, China, Korea Utara, Syria, Qatar, Bahrain. Malah aku lebih gembira jika Malaysia berjaya mengalahkan China 4-1 tetapi kalah dengan Singapura 1-0. Dan bilalah ia akan tercapai ye..

~malaysia tanah tumpah darahku~
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

CandyGurl said...

malaysia bole (^0^)b