Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-11-06

Korban Aidiladha


*gambar hiasan



Tahun ni aku beraya Aidiladha di Tebuk Pulai, bukan di Skudai, bukan di Batu Pahat, tapi di Tebuk Pulai, kampung halaman yang permai dan lembap sepanjang tahun. Melihat imam Ust Nor Hasan Sazali mengimamkan solat, membaca khutbah dan melapah lembu pagi tadi betul-betul memberi aku satu permandangan yang biasa berlaku pada pagi aidiladha.

Tahun lepas aku beraya di batu pahat, tak sembahyang raya kerana demam di pagi hari.

Ok, seperti kebiasaan akan ada lembu yang akan disembelih selepas habis solat,

Seperti kebiasaan, aku akan ke turut serta korban di masjid kerana di situ lebih ramai kawan berbanding turut serta korban di rumah persendirian.

Seperti kebiasaan, akan ada budak-budak (sekolah rendah) akan berkerumun di sebelah lembu yang belum disembelih. Memprovokasi lembu itu dengan memberi makan daun ubi.

Seperti kebiasaan, budak-budak itu teruja melihat lembu yang sedang disembelih sehingga menyebabkan tolak-menolak dengan kawan berdekatan.

Seperti kebiasaan, akan ada perempuan (selalu ahli keluarga yang membuat korban) akan hadir untuk melihat lembu disembelih, tetapi takut nak tengok dekat-dekat.

Seperti kebiasaan, aku hanya berfungsi sebagai pembawa bakul / kereta sorong untuk mengangkut daging.

Seperti kebiasaan, selepas acara penyembelihan budak-budak berkumpul pula di bahagian kepala lembu untuk melihat bagaimana kepala lembu di bedah.

Seperti kebiasaan, tiada siapa pun sanggup untuk memotong bahagian perut lembu. Hanya yang betul-betul ingin makan 'babat' sahaja yang sanggup berdepan dengan isi perut lembu.

Yang luar biasa, tahun ni secara keseluruhan ade 15 ekor lembu yang dikorbankan, di masjid sahaja ada 7 ekor lembu. Dalam 7 ekor tu, satu dari kerajaan negeri, satu dari ahli parlimen, 5 lagi korban persendirian campur dengan korban secara ramai. Aku rase 15 ekor adalah rekod baru sedangkan masa aku sekolah rendah, 5 ekor lembu itu pun sudah banyak, biase la, kampung.

Yang luar biasa, ahli kejubos (bace: rewang) terlalu ramai, mungkin sehingga 60 org. Kalau campur kanak-kanak mungkin 70 orang. entah , tidak terkira, yang aku tahu dalam masa 2 jam 7 ekor lembu itu sudah siap dilapah dan bersedia untuk diberi kepada orang-orang kampung. Dan aku terkial-kial mencari kerja yang patut dibuat.

Yang luar biasa, tahun ini sudah diperkenalkan sistem berkupon, iaitu siapa nak daging kena ade kupon. ya.. satu inovasi kerana tidak diperlukan lagi mat despatch tukang hantar daging dari rumah ke rumah. dan siape yang tidak menghadirkan diri untuk mengambil daging tidak akan dapat daging. Nombor kupon aku no. 151 (saje nak bagitau).

Yang luar biasa, kawan-kawan aku (yang dulu turut serta teruja melihat lembu yang disembelih) sudah pandai membawa parang, pisau, golok, untuk turut serta dalam pelapahan lembu.

Mungkin itu je la perubahan yang berlaku untuk aidiladha tahun ini. walaupun dalam keadaan hujan gerimis renyai-renyai semangat 'kejubos' itu ade dan ia sangat meriah sekali dan dengan harapan budak-budak yang berkerumun ditepi lembu itu tadi akan meneruskan tradisi gemilang ini.


*aku dah masuk syurga.. korang ade??



2 comments:

Anonymous said...

salam aidiladha dari pc..;) oh lembu sudah pergi, kita bila lagi?hurm.

.... said...

aku x dpt pon kupon.
lg 1 tebuk pulai lembap ye? konpius kjap!haha