Sedang Luke tenang menaiki basikal bersiar-siar dalam
perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba telefon bimbit jenama Apple kepunyaannya
berbunyi. Cepat-cepat Luke mengeluarkan telefon itu dan menyapu paparan telefon
itu.
Luke : Hello.
En. Beckett : Hello. En. Beckett ni.
Luke : Ye En. Beckett. Ade ape ye call time-time camni?
En. Beckett : Sam ada dengan kamu? Saya cuba call dia
tapi tak dapat-dapat la.
Luke : Oh. Sam. Dia pergi rumah Johnson, ada parti, kat
west side sana.
En. Beckett : Saya tak tahu la pulak dia nak pergi parti
tu. Luke, kamu boleh tengok-tengokkan Sam tak. Risau pulak saya.
Luke : Mmm. Okay.
Panggilan dimatikan.
Barulah Luke mula terfikir, kenapa lah dia jawab okay
dengan begitu selamba sedangkan dari tadi lagi dia cuba mengelak untuk pergi ke
parti itu. Tapi bila En. Beckett suruh tengokkan Sam, dia terus patuh. Tak
tahulah sama ada takut dengan ayah Sam yang juga seorang Sheriff yang digeruni
di kediaman itu ataupun memang Luke risau dengan Sam dan ini adalah alasan untuk
dia pergi menjenguk Sam.
Terpaksalah Luke mengayuh basikalnya menuju ke rumah
Johnson walaupun Luke tahu, dia makin menjauh dari perumahan dia untuk menuju
ke rumah Johnson. Tapi Luke tekad, nak tengok apa keadaan di parti itu.
30 minit kemudian, kelihatan Luke di perkarangan rumah
Johnson. Memang mudah untuk mencari rumah yang sedang buat parti. Tengok sahaja
di perkarangan rumah itu. Bermacam jenis kereta berjenama tersadai. Cadillac,
Mustang, Chevrolet, Fiero dan kebanyakannya adalah buatan tahun 1980-an.
Luke tongkat basikal. Berjalan dengan tenang menuju ke
rumah Johnson. Tujuannya satu. Mencari Sam.