Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2013-05-03

Malam remaja gembira. Part 1


kesinambungan sini dan sini  


Untuk ke 100 juta kali, Luke menoleh kearah pintu utama dewan besar sekolah ini. Nampak beberapa orang pelajar lelaki sedang sibuk mengangkat meja-meja dan kerusi untuk disusun di dalam dewan. Luke pun berdiri membuat-buat sibuk dengan menolong mereka. Malam itu, malam istimewa untuk mereka, pelajar - pelajar tahun akhir sekolah itu. Malam Remaja Gembira; malam dimana, satu-satunya malam untuk mereka melupakan apa itu ulangkaji, masa depan, peperiksaan, warden, cikgu mungkin juga mak ayah. Yang perlu diingat adalah masa sekarang.

Majlis bermula. Bla.. bla.. bla.. dari pengerusi majlis, wakil pelajar, cikgu undangan. Luke malam itu, dengan tuxedo hitam pinjam merasakan dirinya cukup segak untuk hadir ke majlis tahunan ini. Dari sudut dia duduk itu, dia mengunci matanya ke satu sudut pandangan. Disudut itu, ada seorang gadis, namanya Samantha. panggilan, Sam. Dia memakai baju gaun biru muda. cantik, ayu, menarik semua yang memandangnya. Padan lah dengan status nya sebagai gadis idaman semesta.

Kini sudah masuk slot persembahan. Memang persembahan malam ini sangat istimewa. Sedang para pelajar hingar-bingar, secara tiba-tiba, keadaan menjadi senyap sunyi. Hanya bunyi krik.. krik.. yang tinggal. Semua pasang mata beralih ke atas pentas yang kini terdapat sebuah band dan seorang penyanyi berpakaian gaun biru. Sam.

Sam membetulkan mikrofon.

"Satu.. Dua.. Satu.. Dua.. "Sam mencuba mikrofon.
"Hehe.." Dia tergelak kecil.
"Lagu ini khas untuk semua yang kenal saya atau tidak. Dan semua kawan-kawan saya yang tak serik berkawan dengan saya. Terima lah. Power of Flower."

Gitar, bass, keyboard dan drum berbunyi serentak sebelum Sam memulakan nyanyian. Semua pasang mata melihat Sam. Siapa tak kenal Sam. Gadis ayu yang dipuja-puja, disanjung-sanjung, digoda-goda oleh segenap pelajar lelaki dan Sam dengan konstan akan menjawab maaf diikuti dengan penerangan ringkas untuk menenangkan hati sang pemujanya itu. Gembira. Itu saja yang dirasakan oleh para pelajar lelaki disitu termasuklah Luke yang menggerakkan badan dan kaki menari mengikut rentak lagu. Dikala setiap orang ada pasangannya. Luke sendirian, menghayati irama dan terjemahkan dalam bentuk pergerakan solo. Tiba-tiba terdetik rasa bodoh. Tapi peduli apa, Sam yang menyanyi. Bukan orang lain.

Habis sudah persembahan menakjubkan itu. Majlis diteruskan dengan beberapa nyanyian dan semua lelaki asyik menari dengan perasaan puas, sonyum leabr dapat melihat gadis idaman ramai mempersembahkan nyanyian. Semua org dengan gelagat masing-masing.

Majlis malam itu hampir tamat. Jam menunjukkan tepat pukul 11. Satu poster diedarkan, dan seorang pelajar naik ke pentas dan menjerit. Jom!! lepas ini!! parti di rumah Johnson!!!.

Dan semua orang dengan perlahan berkurangan. Masing-masing pergi ke parti seterusnya yang menawarkan lebih lagi. Yang tinggal hanyalah beberapa pelajar yang mengemaskan dewan. Sudah tentu lah mereka akan ke parti itu. Cuma lambat sedikit sahaja. Dan Luke, berjalan menuju ke perhentian bas. Dengan niat untuk tidak hadir ke parti liar itu.

2013-02-28

Bosan aku dengan penat




Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat

Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........

Petikan dari filem Ada Apa Dengan Cinta (2002)

2013-02-24

Ramli Sarip - Bukan Kerna Nama



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

 (chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


*best.

2013-01-09

samsung pocket

Lepas je pukul 12.30 malam, henset ni da tak ade fungsi. Da tak ade bunyi. Tak payahla sibuk-sibuk nak tengok, jenguk - jenguk lagi sebab memang da tak ade pape lagi. Da bole buang tong sampah. Esok pagi kul 6.15 baru boleh ambil semula dari tong sampah. Sebab da boleh berfungsi semula, da bole bunyi alarm bangun subuh, da bole jenguk-jenguk semula, da bole harap semula. Tapi malang, mase tu pulak yang empunya seperti tak berguna, hilangkan diri dari dimensi sebenarnye untuk berfoya foya di alam yang lain. Mensia-siakan waktu-waktu yang boleh bersamanya dan akan menyesal pada malam yang sama selepas pukul 12.30 malam.

RJMP  MAIN.

Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-12-12

Review : Zombijaya - Adib Zaini


Zombijaya - Adib Zaini
307 mukasurat
Buku FIXI

Kurang 24 jam di minggu yang sibuk, durasi aku menghabiskan novel ini. Sangat addicted. Walaupun penamat ceritanya sama. Diulangi, SAMA seperti mana-mana cerita zombi yang pernah wujud. Melalui pemerhatian aku yang cetek ini, memang susah nak buat penamat sebenar cerita zombi. Tengok la cerita-cerita macam zombieland, I Am Legend, Resident evil, Walking Dead yang nampak gayanya akan bersambung untuk berseason-season lagi. Kita lupakan dulu pasal Zombi Kampung Pisang yang korang boleh katakan penamatnya rubbish, tapi sekurang-kurangnya dia berjaya menamatkan wabak zombi itu. Tak macam cerita-cerita lain. Masing-masing penakut ingin membuat penamat sempurna untuk cerita zombi.

Adakah zombi ini tak dapat dihapuskan seratus peratus. Adakah perlu tunggu sampai terjadi seperti zombi-zombi di dalam cerita Resident Evil 5;Redistribution. Tidak dapat dikawal dan semakin berleluasa? Ha, itulah yang aku cari dalam buku ini. Dan hasilnya hampa. Tak pe, mungkin ada buku atau cerita lain yang mempunyai penamat zombi yang betul-betul happy ending seperti filem Zombi Kampung Pisang.

Lupakan tentang penamat, kita cerita tentang keseluruhan cerita. Ok, Aku rasa secara jujurnya, novel ini membuatkan kita seperti membaca novel luar negara, novel inggeris contohnya cuma dalam atmosfera dan keadaan di Malaysia dan ia juga berbahasa malaysia. Sebagai contoh, kalau kita baca novel luar adanya Washington, di dalam novel ini ada Putrajaya. Kalau kita baca novel luar adanya seorang negro bermasalah, dalam novel ni ada seorang melayu bermasalah. Kalau kita baca novel luar ada perhubungan terlarang tanpa ikatan sah, dalam novel ni pun ada. Kalau korang fikir novel luar lebih seronok, fikir sekali lagi, kenapa aku habiskan novel ni dalam masa kurang 24 jam di minggu yang sibuk. Ya, penceritaannya menarik, membuatkan orang nak tahu apa yang berlaku selepas itu. Itulah kekuatan utama novel ni.

Bagi aku, jalan ceritanya tidaklah begitu seronok. Mungkin ada lainnya macam 5 sahabat tu, aku ingat diorang survive sampai akhir. Rupanya tak. Mungkin aku inginkan penamat sempurna tapi penulis berikan penamat yang sama. Haha..

Lagi satu, novel ni da diadaptasi pun jadi filem. KL Zombie. Zizan jadi Nipis. Siti Saleha jadi Sofea kot. Entahlah. Yang pasti aku menunggu filem ni ditayangkan. Nampak macam ada kelainan dalam panggung Malaysia.

*untuk pengetahuan, 2,3 hari sebelum aku baca novel ni aku mimpi aku berada di dunia yang penuh zombi, dalam mimpi tu aku kat kelantan. dan akhirnya aku mati. dalam mimpi sendiri pun aku tak leh jadi hero.. haha...

2012-12-04

cik virus dan aku terbang ke bulan



14 Oktober 2012

Bunyi macam lama sudah benda ni berlaku. Tapi dalam diri aku, ia masih segar sehingga aku boleh ingat tiap detik dan saat apa yang berlaku pada hari itu. Hari dimana beramai-ramai bekas pelajar UTM membaling beret bersegi empat dan memakai jubah ala-ala harry potter gitu, cik virus juga tidak terkecuali.

Hari tu cerah diawalnya. Setelah malam yang bersuka ria, itu malam terakhir aku tengok wayang sehingga hari ini. Pagi-pagi lagi, cik virus dah call. Hantar dia ke dewan tempat semua orang berkumpul. Aku iya kan. Memandu gen2 dengan hati gembira dan berhati-hati, melihat dia gelisah kerana terlewat.

Kemudian masa dicepatkan ke tengahari, cuaca masih cerah, indah, permai, dan atmosfera di hadapan dewan dan masjid itu terlalu ceria, terlalu banyak senyuman, terlalu banyak positif efek, bunga-bunga, gembira. Aku sampai disana dengan terpinga-pinga, rasa rindu dari cik virus tapi aku sendiri tidak menjumpai mana puncanya rindu itu dek kerana terlalu banyak benda mengacau panggilan rindu itu. Berkali-kali berpusing-pusing, melangkah sana-sini. Jumpa sahabat lain yang turut bergembira, hanya mampu ucap tahniah. Dan terus mencari apa yang tidak jumpa tadi.

Akhirnya satu senyuman paling ikhlas diwujudkan oleh dia. Dia yang terindah, tercantik, termanis, telah muncul dalam bentuk yang aku boleh cintai. Aku hanya boleh menyapa, mengucapkan tahniah untuknaya, cik virus. Aku tahu hati aku terlalu gembira. Dan aku harap dia juga.

Menghabiskan masa bersamanya tengahari itu, adalah masa-masa yang paling aku hargai. Masa-masa yang aku tahu takkan ada yang kedua. Walaupun masa itu dia menguruskan hal-hal serius, kami tetap gembira. Dan pastilah kami tidak menghiraukan kegembiraan orang lain. Hanya tenggelam dalam kegembiraan diri sendiri.

Sehingga waktu petang, ketika cuaca sudah tidak cerah lagi, hujan mencurah-curah jatuh tapi atmosfera masih kekal sama. Masih gembira, masih tersenyum, masih positif. Aku dan cik virus masih bersama, di kafe, bukan kafe kebiasaan tapi kedudukannya masih sama. berhadapan. gembira. walaupun senyap.

Siapa kata, kegembiraan hanya dengan bunga, coklat atau hadiah-hadiah fizikal sahaja. Aku rasa hanya aku sorang teman lelaki yang tidak beri bunga untuk teman wanitanya dihari bersejarah itu.

Tapi segala yang indah-indah macam ni pasti ada yang kurang indah. Dah tentulah saat berpisah. Mana mungkin aku dan dia bersama buat masa sekarang. Simpan rindu itu diam-diam. Luahkan bila dapat masa indah yang lain. Segala indah untuk aritu terberhenti di hadapan masjid. ya. dihadapan masjid. Dengan keputusan, aku gembira, cik virus gembira. dan pasti itu takkan dilupakan aku, dia, mungkin masjid itu juga.

Akhirnya aku pulang ke bilik, dengan basah kuyup, helmet kena curi, selsema, penat. Dua tiga hari kemudian aku demam. Tapi hari 14 oktober tu adalah hari paling gembira buat aku.

Sehingga kita boleh berjumpa lagi. Sayang. cik virus.