Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2014-01-14

Malam Remaja Gembira (Part 2)

Malam itu, usai malam remaja gembira. Masing masing bertolak pulang. Menuju ke destinasi seterusnya. Parti di rumah Johnson. Biasalah tu, untuk remaja remaja yang baru nak up macam tu, parti adalah yang terbaik bagi mereka. Tetapi Sam maseh di tempat tunggu bas menunggu sesuatu untuk menghantar dia pulang,

Luke menghampirinya dengan mengusung basikal. Lalu duduk di bangku tempat tunggu bas dan cuba memulakan perbualan dengan Sam.
Luke : hi sam.
Sam : hi.
Luke : Masih tidak pulang?
Sam : Belum lagi. Tunggu kawan.
Luke : kawan? Untuk pergi ke rumah Johnson?
Sam : Yup. Jangan beritahu ayah ye.
Luke : (terkejut). Oh. Okay.
Sam : Terima kasih Luke.

Luke memang sudah kenal lama dengan keluarga Sam, kalau dah setiap tahun dan setiap sekolah sama sejak kecil. Dan duduk pun di kawasan perumahan yang sama. Luke pun pernah hadir majlis keraian selamat hari jadi Sam beberapa kali. Memang la Luke telah dikenali oleh keluarga Sam.

Yang menjadi persoalannya, dah kenapa Sam ingin pergi parti tu, sedangkan semua orang tahu yang parti tu akan jadi seliar mungkin. Ah, Sam, sengaja menempah celaka. Luke risau, tapi risau lagi Luke tentang tuxedo pinjam nya itu. Dijaganya penuh rapi sejak mula malam remaja gembira tadi sehingga kini. Tidak ada setitik kesan degil yang ada walaupun dari kuah sepaghetti atau pun minuman koktel yang dijamahnya tadi. Takkanlah nak disia-siakan usaha menjaga itu dengan pergi ke parti johnson itu. Dah terang-terang jika pergi kesana akan tertumpah segala jenis alkohol, keju di tuxedo tu. Sia - sia.

Jadi, Luke pun kembali mengusung basikal nya melalui lorong-lorong gelap malam menuju ke kawasan perumahannya.

Social Anxiety. Luke bukan suka untuk pergi ke tempat-tempat sesak. Lagi-lagi jika tempat tu sesak dan bising, bingit, hatinya tidak boleh tenteram, rasa seperti dikemek-kemek oleh sebilangan tenaga, tiada perkatan gembira tercetak dikepalanya. Sebab itu, Luke tidak pernah kelihatan di mana-mana parti homecoming, thanksgiving, krismas dan kalau parti hari jadi pun, Luke akan singgah sekejap, beri hadiah, minum koktel barang 2 gelas sebelum tinggalkan tempat tu.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2014-01-02

review : papadom 2 (2013)



Tak sia-sia aku mulakan tahun 2014 ini dengan menonton filem ni.

Ulang balik, tak sia-sia. Yang sia-sianya adalah aku tak menonton filem ni kat wayang dek kerana abang aku kata filem ni kategori "boleh la" untuk ditengok.

Jalan ceritanya adalah kesinambungan dari filem asal Papadom (2009) yang menjadi satu fenomena dulu. Sebab bukan calang-calang orang yang berani buat filem tentang keluarga yang asalnya dari pulau pinang (utara) dan tidak bercakap slang utara walaupun sedikit. Untuk filem ini, Mia pelajar 21 A lulusan perfileman UiTM telah bekerja juga dalam bidang perfileman dan bercadang untuk berkahwin tanpa memberi tahu bapanya yang over protected tentang bakal suaminya.

Apa yang special pada papadom 2. Jalan cerita yang tidak terlalu melampau dan boleh diterima akal. Cuma yang aku tidak gemar pabila Afdlin Shauki cuba untuk menyindir beberapa pihak, terutama dari bidang perfileman. Dan itu adalah apa yang afdlin suka tampilkan sehingga ke maharaja lawak 2013 bersama boboi. Nasib baik adegan-adegan tu hanya ada beberapa  di permulaan cerita.

Lagi, cara dia mematikan watak Shasha (Scha) dan juga tidak terlalu menonjolkan watak Johan juga adalah salah satu sebab aku suka cerita ni.

Dan tentulah permainan perasaan, tawa dan tangis, sebak, semua afdlin dah gaul bagi sebati. Lakonan yang sangat mantap dari khir rahman, membuatkan cerita ni menjadi terlalu spontan dan bukan seperti cerita yang mempunyai skrip ciptaan manusia. Cuma perkembangan filem ni ada klise nye tapi itu langsung tak menjejaskan kualiti filem ni.

Runut bunyi, ramai yang kata menganggu filem. tapi tak bagi aku. afdlin meletakkan runut bunyi papadom 2009 dalam filem ini dan ternyata sangat berkesan (bagi aku). Membuatkan aku teringat kembali bagaimana cerita papadom yang asal. Muzik menyimpan memori. Sebab tu bila aku tengok cerita ni, aku bukak kat youtube dengar balik lagu, saya suka sorang budak, nama dia sarah.

Pendek kata, Papadom 2 adalah sebuah masterpiece.










2013-12-26

review : cerita kita (2013)





Sesungguhnya aku tak tau filem ni wujud memadatkan jadual tayangan filem tempatan 2013. Mungkin juga kerana kurangnya publisiti atau pun filem ini tenggelam di balik filem filem yang nampak gah pada rupa poster dan trailer tapi hancur bile ditonton.

Diarahkan oleh pierre andre. Satu lagi filem pierre andre yang aku tonton minggu ni selain ustaz mu tunggu aku datang dan highland tower. Filem ni tema nya cinta, romantik, tanpa komedi. Mengingatkan kita kepada filem-filem yang lebih gah seperti filem Cinta (2006). Pierre andre memang pandai buat cerita camni. Contoh nya dia tidak menggunakan pelakon lawak yang selalu nya menjadi side kick kepada hero. Ye, sidekick macam tu terlalu klise dalam cerita romantik.

Cerita nya mudah, senang nak faham. Tidak terlalu membebankan kepala otak dan tidak terlalu humorous kerana tak de pelakon yang beraksi secara lawak dalam filem ni. Yang ada hanya 3 orang watak utama yang berganti ganti meluahkan perasaan antara satu sama lain.

Pekin ibrahim, memang teramat sesuai menjadi watak utama filem ini. Dia punya feel, dengan muka deep macam tu. Membuat kan filem ni menjadi. Yana samsudin juga tidak terlalu bising dalam filem ni. Dan along eyzandy menjadi sidekick hero, juga bagus lakonan nya. Serius. Santai.

Tonton filem ni membuatkan aku teringat beberapa cerita luar negara macam architecture 101 (korea). Lakonan bae suzy dan han ga in. Filem nye senyap tapi menggangu hati dan perasaan penonton. Teknik penyampaian nya sama cuma bezanya runut bunyi untuk filem ini banyak menggangu.

Filem ni patut pecah panggung, tapi orang malaysia tetap suka tengok file gangster dan khurafat, serta rempit. Tak lupa juga adaptasi novel yang lebih kurang macam sinetron. Sekali lagi good job pierre andre.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2013-12-25

review : ustaz mu tunggu aku datang (2013)




Antara filem yang ditunggu tahun ini. Da tentu sebab filem ini yang menampilkan ustaz paling glamor kat malaysia ni iaitu ustaz azhar idrus. Di garap oleh pierre andre. Satu cerita yang boleh dikatakan tidak mengecewakan malah bagi aku ini cerita melayu terbaik tahun ni.

Meletakkan kumpulan shiro juara raja lawak 6 sebagai pelakon utama adalah pilihan terbaik. Kelihatan seronok untuk ditonton, lebih2 lagi mase kumpulan ini berada di kemuncak karier sekarang ni kan. Menurut prestasi mereka di maharaja lawak mega 2013. Mereka adalah yang terbaik masa kini.

Jalan cerita nya mudah. Sangat simple, senang kata ini lah filem paling simple dan fun untuk ditonton. Untuk dikritik cara penyampaian nya. Tidak ada rasanya. Jalan cerita nya pun tak ade lopong kosong. Kurang footage yang tidak perlu. Serta kepoyoan sesuatu karakter tu tidak terlalu menonjol sehingga buat orang menyampah.

Cuma kurangnya adalah kemunculan ustaz tu sendiri dalam filem ni. Sikit sangat. Mungkin peminat ustaz x berapa puas hati, tp bg aku ustaz ni keje nye daie dan bukan pelakon. Tak hairan lah dia punya kemunculannya sikit je.

Pendek kate, filem ini simple, dan ada satu pengajaran yang paling penting dan cukup untuk merangkumi satu filem ini iaitu. Hidayah Allah boleh datang pada bila2 masa sahaja. Pada mulanya aku pun konfius macammane dlm satu malam. Dadu dan roomate nye boleh ter buka hati menerima islam. Tapi benda ni x mustahil. Rujuk balik kat sejarah. Ada beberapa kisah yang membuktikan statement tu. Contohnya ashabul ukhdud dalam surah al buruj dan kisah saidina umar alkhattab.

Filem yang simple, fun, boleh tengok bila2 masa yang lapang. Good job pierre andre.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2013-12-24

review : penanggal (2013)




Cerita ni nampak macam best. Tema nya macam best. Pasal penanggal kan. Aku sendiri tak tau apa benda penanggal tu sebenarnya. Yang aku tau penanggal tu adalah hantu yang dikartunkan menjadi lawak dalam majalah ujang dulu.

Secara keseluruhan nya. Ellie suriati cuba buat satu kelainan pada perfileman negara ni dengan memasukkan unsur2 melayu lama campur peranakan arab sikit campur jawa sikit. Tapi kenapa jawa yang di buat menjadi jahat. Terasa sedikit insulted disini.

Kalau tgok sejarah perfileman. Filem bertemakan melayu purba pasca filem berwarna tak pernah berjaya. Paling berjaya pun bagi aku ialah lang buana. Kisah sama berlaku pada cerita ni. Penyusunan cerita berterabur. 30 minit pertama penuh pening2. Sejam seterusnya terus rasa menyampah dek kerana melihat fasha sandha yang memakai baju yang sangat inappropriate tu. Kejadah ape seorang yang berkeluarga arab nak kahwin dengan azri iskandar yang x pernah lupa sembahyang tu memakai baju nampak lurah dendam. Terasa insulted kali kedua disini.

Oleh kerana aku tengok di laptop sahaja, aku kurang rasa annoy dengan runut bunyi yang berterabur tu. Tapi biar je la. Fasha sandha dapat cover keburukan tu dengan pemakaian dia.

Ada la beberapa scene lain yang aku rasa x patut wujud dalam filem ni. Kalau nak diikutkan cerita ni langsung x de time line yang betul. Banyak sangat benda nak diceritakan campur dengan sengaja letak scene yang x patut diletak lama2. Contoh macam azri iskandar belajar silat. Rasanya  xperlu lah tunjuk sampai dia melompat tinggi untuk tangkap keris padahal bila bertarung dalam situasi sebenar, lawan si bongkok pun terkial2. Harap muka je konfiden.

Paling x bole blah adalah pabila fasha sandha tu ngada2 nak mandi di tengah malam di mana wujud nya penanggal kat situ. Dan pasal fasha sandha ni la filem ni hancur sehancurnye. Wataknya same macam watak sara dalam karipap karipap cinta.

Kesimpulan. Jika anda peminat filem melayu, tengok lah, kritik lah. Jika anda bukan peminat cerita melayu. Janganlah maki sangat cerita ni.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2013-05-03

Malam remaja gembira. Part 1


kesinambungan sini dan sini  


Untuk ke 100 juta kali, Luke menoleh kearah pintu utama dewan besar sekolah ini. Nampak beberapa orang pelajar lelaki sedang sibuk mengangkat meja-meja dan kerusi untuk disusun di dalam dewan. Luke pun berdiri membuat-buat sibuk dengan menolong mereka. Malam itu, malam istimewa untuk mereka, pelajar - pelajar tahun akhir sekolah itu. Malam Remaja Gembira; malam dimana, satu-satunya malam untuk mereka melupakan apa itu ulangkaji, masa depan, peperiksaan, warden, cikgu mungkin juga mak ayah. Yang perlu diingat adalah masa sekarang.

Majlis bermula. Bla.. bla.. bla.. dari pengerusi majlis, wakil pelajar, cikgu undangan. Luke malam itu, dengan tuxedo hitam pinjam merasakan dirinya cukup segak untuk hadir ke majlis tahunan ini. Dari sudut dia duduk itu, dia mengunci matanya ke satu sudut pandangan. Disudut itu, ada seorang gadis, namanya Samantha. panggilan, Sam. Dia memakai baju gaun biru muda. cantik, ayu, menarik semua yang memandangnya. Padan lah dengan status nya sebagai gadis idaman semesta.

Kini sudah masuk slot persembahan. Memang persembahan malam ini sangat istimewa. Sedang para pelajar hingar-bingar, secara tiba-tiba, keadaan menjadi senyap sunyi. Hanya bunyi krik.. krik.. yang tinggal. Semua pasang mata beralih ke atas pentas yang kini terdapat sebuah band dan seorang penyanyi berpakaian gaun biru. Sam.

Sam membetulkan mikrofon.

"Satu.. Dua.. Satu.. Dua.. "Sam mencuba mikrofon.
"Hehe.." Dia tergelak kecil.
"Lagu ini khas untuk semua yang kenal saya atau tidak. Dan semua kawan-kawan saya yang tak serik berkawan dengan saya. Terima lah. Power of Flower."

Gitar, bass, keyboard dan drum berbunyi serentak sebelum Sam memulakan nyanyian. Semua pasang mata melihat Sam. Siapa tak kenal Sam. Gadis ayu yang dipuja-puja, disanjung-sanjung, digoda-goda oleh segenap pelajar lelaki dan Sam dengan konstan akan menjawab maaf diikuti dengan penerangan ringkas untuk menenangkan hati sang pemujanya itu. Gembira. Itu saja yang dirasakan oleh para pelajar lelaki disitu termasuklah Luke yang menggerakkan badan dan kaki menari mengikut rentak lagu. Dikala setiap orang ada pasangannya. Luke sendirian, menghayati irama dan terjemahkan dalam bentuk pergerakan solo. Tiba-tiba terdetik rasa bodoh. Tapi peduli apa, Sam yang menyanyi. Bukan orang lain.

Habis sudah persembahan menakjubkan itu. Majlis diteruskan dengan beberapa nyanyian dan semua lelaki asyik menari dengan perasaan puas, sonyum leabr dapat melihat gadis idaman ramai mempersembahkan nyanyian. Semua org dengan gelagat masing-masing.

Majlis malam itu hampir tamat. Jam menunjukkan tepat pukul 11. Satu poster diedarkan, dan seorang pelajar naik ke pentas dan menjerit. Jom!! lepas ini!! parti di rumah Johnson!!!.

Dan semua orang dengan perlahan berkurangan. Masing-masing pergi ke parti seterusnya yang menawarkan lebih lagi. Yang tinggal hanyalah beberapa pelajar yang mengemaskan dewan. Sudah tentu lah mereka akan ke parti itu. Cuma lambat sedikit sahaja. Dan Luke, berjalan menuju ke perhentian bas. Dengan niat untuk tidak hadir ke parti liar itu.