Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2011-09-29

Beban di Kepala..







aku tanye google.. ape gamba berkaitan beban di kepala??
jawapan seperti diatas...

2011-09-22

satu per tiga


Kalau kau kata satu pertiga itu sesuatu yang kecil, kamu silap.
sebab satu pertiga tahun yakni 4 bulan cukup untuk buat aku
refresh. F5. Dan mulakan satu pertiga tahun seterusnya dengan
kesegaran seperti daun pudina di pergunungan. Dan ini yang aku
mahukan serta mengharapkan ia akan menjadi lebih baik dari
satu pertiga tahun sebelum satu pertiga temooh peng-refresh-
-an.


WELCOME BACK UTM

2011-08-16

Mencoret Ramadhan #1: 1432

ini adalah jadual waktu solat bagi california dan san diego (klik untuk tumbesaran)


assalamualaikum..

alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku meghabiskan anime Fullmetal Alchemist: Brotherhood sekali gus membolehkan aku mengupdate blog yang sudah lama tidak disentuh ini.

secara amnya, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa, selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berterawikh, selamat berbuka puasa, selamat berbelanja di bazar ramadhan, selamat bersahur dan selamat mengganda usaha beribadah kepadaNya. Ya, begitu banyak selamat yang wujud akibat bulan ramadhan. mungkin ada segelintir kamu yang didalam hati berkata dah puasa ke 16 baru nak ucap selamat berpuasa. haha. tak salah kamu berfikir sedemikian. telah aku bagitahu awal tadi. masa menulis blog aku telah diambil oleh anime Fullmetal Alchemist. aku terpaksa menghabiskan anime tersebut sebelum aku berlapang dada menulis kembali blog ini.

lagipun sekarang masih lagi bulan ramadhan yang diberkati, jadi, masih lagi relevan kalau aku ucapkan segala jenis selamat yang ada dibulan ramadhan. yang tidak relevannya apabila sudah mengucapkan selamat hari raya walaupun masih didalam bulan ramadhan. itu yang berlaku pada aku malam tadi, tetiba sahaja aku mendapat sms 'selamat hari ryer' dari seseorang. pelik juga aku, mane ade tempat dibumi yang sudah berhari raya. walaupun kadang-kadang hari raya di segilintir negara di bahagian timur tengah cepat sehari daripada hari raya dimalaysia, tetapi tidaklah mereka berpuasa hanya selama 15 hari. mungkin pengirim sms ingin bergurau maka aku pun menjawab selamat hari raya juga kepada dia. dan dia terus tidak membalas sms lagi. memang selalu begitu, sms yang mempunyai selamat didalamnya tidak akan dibalas selagimana tidak ada tanda soal di hujung sms itu. tidak faham? tak mengapa, aku juga agak keliru sedikit dengan ayat itu.

untuk pengetahuan, ini adalah kali ke 1432 ramadhan hadir didunia. tapi ibadah puasa ini sebenarnya telah wujud lama sebelum itu. cuma ketika itu tidak wujud penegasan wajib keatas ibadah puasa tersebut sehinggalah pada tahun kedua hijrah dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu iaitu surah al-Baqarah ayat 183.

sejak dari tahun itu, umat islam seluruh dunia wajib menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan setiap tahun. bermakna, pada tahun ini, kali yang ke 1431 umat islam berpuasa pada bulan ramadhan.

kita semua tahu bahawa bulan ramadhan adalah pesta ibadah, bermaksud kita merebut sebanyak-banyaknya pahala yang ditawarkan pada bulan ramadhan. untuk mendapatkan pahala itu, kita mestilah beribadah. 'Law of Equivalent Exchange' jika mengikut anime Fullmetal Alchemist. kita buat ibadah, Allah bagi pahala. itu salah sebenarnya. ok, mari sama-sama kita perbetulkan fakta ini. Ustaz Uda Kasim pernah bagi ceramah kat masjid kampung aku. dia ada cakap

"kalau kita beribadah inginkan pahala, syurga Allah, itu syirik namanya. antara syirik-syirik yang tersembunyi. sebenarnya, kita beribadah adalah untuk menunjukkan bahawa kita kasih dan sayang terhadap Dia. kecil hati Dia jika tahu kita beribadah untuk mendapatkan nikmat syurga semata-mata. keadaan ini sama seperti anak kita yang basuh kereta kita semata-mata untuk mendapat wang. bukan kerana dia kasih dan sayang kepada kita. kecik tak hati kita kalau anak kita macam tu."

itu antara yang aku ingat ketika ceramah tersebut. oleh itu, marilah kita betulkan niat. sementara ketiadaan syaitan yang mengganggu. sama-samalah kita berlumba-lumba mencari kasih sayang dan keredhaan Dia.

2011-07-30

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y

tekan banner untuk join

Owh.. kita lihat di bandar-bandar besar kita. dimana semua manusia bergerak pantas mengikut arus pembangunan. tidak tahu kelajuannya. tidak nampak pergerakan masanya. tanpa sedar kita dah berada beberapa jam selepas. kamu tidak tahu. orang inggeris kata, masa itu emas. orang arab kata masa itu pedang. sesiapa yang tidak memotongnya akan dipotong olehnya.

John F. Kennedy pernah berkata:
The great French Marshall Lyautey once asked his gardener to plant a tree. The gardener objected that the tree was slow growing and would not reach maturity for 100 years. The Marshall replied, 'In that case, there is no time to lose; plant it this afternoon!'

"tengok. tengokla pada pengemis-pengemis tua di kaki-kaki lorong. merayu meminta sedekah daripada kita semua. apa yang kita buat? hulur seringgit untuk kesenangan dia. juga untuk kesenangan di hari kelak. tapi mahukah anda semua menjadi mereka. merempat tepi jalan. dipandang serong orang. tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah. itu prinsip yang kita pegang. Mereka yang merempat itu pasti ada kisah hitam waktu mudanya. mungkin seorang anak derhaka. mungkin seorang yang kaya tapi dilanggar geruda hitam rakan perniagaannya. mungkin juga pewaris manusia-manusia merempat. tapi yang pasti mereka mensia-siakan masa mudanya. mereka mungkin tidak fikir apa yang berlaku kemudian hari. Oleh itu, mari sama-sama kita menggunakan masa yang ada. untuk mengumpul segala harta yang ada. tak salah mengumpul harta. asalkan kita bersyukur kepadaNya. mari-mari, dengan ada beberapa downline dibawah kita. kita akan dapat untung yang besar, insyaAllah. yang penting usaha. maka ganjarannya akan ada dihari kelak."

dan kemudian si salesman MLM pergi ke tempat lain mencari downline.

"Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan masa. didalam firmannya di surah Al-Asr.
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. jadi, disini, kita dapat lihat betapa ruginya kita. sehari berapa lama kita beribadah. campur, tolak, darab, bahagi. yang wajib dalam satu jam sehari. yang sunat belum tentu lagi. satu jam dari 24 jam dalam sehari. sikit benar. kenapa? kenapa kita hanya memperuntukkan satu jam dari 24 jam sehari untuk kita beribadah kepada Pencipta. sebab kita kejar harta. sebab kita layan nafsu kita. segala jenis nafsu, segala jenis perbuatan lagha. semua kita layan."

dan ustaz itu terus memberikan tazkirah kepada pendengarnya.

"hello, kenapa telefon aku ni? aku tengah sibuk ni. aku kat Tokyo. ada konvensyen. pasal bisnes sikit. ko tau je la aku macammane kan. ape? owh. ok2. nanti aku bagi dia duit. macam biase la. bile? aku tak tau. aku sibuk sangat 2, 3 bulan ni. bagitau die aku akan lawat die raya nanti. tu pun kalo aku sempat. minggu depan tak boleh. aku pergi Amsterdam. uruskan jual beli hartanah tu. 5 hari aku kat sana. ok. pasal sumbangan untuk masjid kampung tu ye. mmm.. ko check in kat diorang rm 500. duit yang Dato' bagi aritu tu. ye. duit yang dia bagi suruh kita tutup mulut tu.mesti diorang happy punya. ok2. nanti call balek. night party dah nak mula ni"

dan si bisnesman ini terus berbisnes.

"abang! abang nak tau tak orang sebelah ni dah miskin. habis bisnesnya lingkup bang."
"mana awak tau? awak tanye orang rumah dia ke?"
"x de la bang. makcik depan yang bagitau. dia kan tau serba-serbi. pastukan bang. dengar kata, semua barang-barang dia kena tarik. kereta, sofa, semua la. entah-entah rumah die pun kene tarik jugak bang. tu la. sombong lagi dengan kita."
"owh, bila awak jumpe makcik depan tu?"
"kan hari-hari saya bersembang ngan dia. macam-macam cerita saya dengar bang. lagi satu kan bang. tadi saya masuk satu lagi program MLM. saya dah ada 4 orang downline. esok saya nak cari lagi la bang. boleh kaya cepat. hihihi"
"boleh lah kita pergi umrah pastukan?"
"kita beli lah sofa, langsir, katil baru dulu. pastu ada lebih boleh lah ke sana."
"mmm.. jadi esok awak pergi cari downline la ye."
"ye bang. esok x boleh la saya masakkan makanan tengahhari untuk abang."

dan mereka terus bersembang seperti biasa.

24 jam kita sungguh unik. macam-macam hal berlaku.
24 jam kita mencari hartaNya.
24 jam kita mencari ilmuNya.
24 jam kita mencari rahmatNya
24 jam kita mencari nikmatNya
24 jam kita mencari keredhaanNya.

dan terpulanglah kepada kalian untuk memilih.

yang baik itu dari ALLAH. dan yang buruk dari aku sendiri. smile.

2011-07-29

Harimau Malaya 2022


Bila budak2 ni nak besar ha. tak sabar nak tgk diorang banggakan malaysia di mata dunia.

diorang ni team sekolah rendah tun dr ismail, kg tebuk pulai, sabak bernam.
pencapaian: tempat kedua kejohanan bola sepak bawah 12 tahun MSSD sabak bernam 2011.

permata negara ni.

*malaysia mane main import2 ni...

2011-07-27

If Until You Were Gone



if - taeyeon(SNSD)

Because im a fool,
i can only look at you from a distance
maybe your heart will turn away
and so like that
we would become distant again
because im really fool
i cant say i love you
because maybe I am afraid of the pain
and i afraid my days become sad

-lagu ini seronok didengar ketika duduk ditepi sawah padi pada waktu petang sambil kunyah biskut cicah air teh panas.



Chipmunk ft. Esmee Denters

I'm too stressed,
let me try and not think
Close my eyes,
you're inside my lids
So I try not blink for one split sec
'cause show boating got my shit wrecked
Since you left,
nothing ain't right
Two different waves,
we had to part tides
Had a long-sighted vision,
it ain't the same with you missing
Didn't know how much I missed you until you were gone

-lagu ni sangat popular di henset aku pada masa kini.



macam kanak-kanak yang punya guli yang cantik. selalu bermain guli itu dan sangat sayang guli itu. tiba-tiba terbaling guli itu jauh. dicarinya, tidak jumpe. balik kerumah, menangis, teringat kenangan bersama guli itu. minta ayah belikan baru. ayah kata tak boleh. sebab tak pandai menjaganya. beberapa hari berlalu. terlihat seorang kawan bermain dengan guli yang sama dengan guli kepunyaan dia dulu. dia diam. lalu bertanya. mana dapat guli tu. kawan tu menjawab. jumpa kat situ, kat semak tu. dia diam. berlalu pergi kebelakang tadika. menangis disitu.