Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2010-11-21

minggu pengajaran....

first time... first time dalam sejarah hidup aku selama 19 tahun.. aku tidak beraya di kampung tebuk pulai.. ya.. tidak balik beraya.. walaupun raya aidiladha sahaja.. ia tetap raya yang ku suke sebab boleh blajar sesuatu dari makhluk rodensia iaitu lembu lebih2 lagi dari aspek biologi...

so, minggu ini aku hanya berada di johor.. tidak sepenuhnya di UTM, aku juga singgah ke batu pahat di rumah(?) kakakku yang juga tidak pulang ke desa utk beraya...

minggu pengajaran??? ya.. sebab inilah minggu utk aku men-stabil-kan emosi... ye la.. first time x blek raya...

ade lagi.. laptop roomate ku kehilangan.. aku x tau ape yang berlaku... aku blek ke umah kakakku malam itu.. dan laptopnye juga hilang pada malam itu.. maseh terkejut.. lagi2 pabila hubungan aku dan roomateku tidak selancar mane... aku rase kesalahan kerana aku yang terakhir menggunakan laptop tu... sampai sekarang aku maseh rase kesalahanku.. argh...

second... akakku dapat pindah kerja ke selangor... so, tiada lagi batu pahat untuk ku jejaki.. tiada lagi summit batu pahat utk ku berlibur... aku mendapat khabar itu dengan keadaan terkejut.. ape aku boleh buat.. itu memang kehendak akak ku.. dan aku.. terpaksa meneruskan hidup di johor bersendirian.. aku x kesah sebenarnye.. tapi kini maseh dalam keadaan terkejut..

third.. ini kesalahan aku sendiri... x perlu diceritalah.. aku maseh ralat dengannye...

dalam semuanya yang berlaku.. aku maseh maintain bertenang dihadapan semua la.. tapi dalam hati, aku dan Pencipta je yang tahu... tapi aku suke pabila seseorang menggelarku sebagai the man without any problem... aku just ikut style aku.. senyum.. senyum.. dan problem itu dapat dicover baek punye...

sekian...

2010-11-01

kisah pelajaran semester pertama ku...

akhirnye bermulalah minggu belajar bagi mahasiswa2 UTM Skudai pada hari ini...

maka ku ucapkan good luck dan berdoalah agar sama2 berjaya..

ingin ku simpulkan kesemua subjek yang telah ku pelajari sehingga hari ini dan juga menilai diri ini ketika berada di dalam kelas satu persatu bermula dengan:

basic electric engineering
pelajaran penting untuk student electric.. tapi aku, masih mencari tapak.. mungkin dah jumpe.. masih sedang membina.. agak sukar.. tapi aku cube.. lecturernye adalah yang terbaik buat aku.. so yang tinggal hanya padaku untuk mengolah pemikiran sendiri...

digital electronic
juga penting.. aku tidak dapat mencari tapak pun dalam subjek ini.. sebab utama adalah kerana diri sendiri.. sebab kedua kerana lecturer nye sendiri.. berbangsa arab dan sukar berkomunikasi (aku susah nak paham ape die cakap).. oleh itu.. semua usaha berada di pemikiran sendiri.. masih blom terlambat...

calculus
kelas paling aku suke.. lecturer antara yang terbaik pernah aku jumpe.. rilek, berpengalaman dan sentiasa buat aku kagum cume die tidak berapa tegas.. aku suke.. satu-satunye subjek yang boleh aku skor.. so.. tapak, binaan dah ade.. cume tinggal pemikiran...

etnik dan english
bukan 2 subjek serupa.. tapi aku mengconcludekan ia dalam tempat yang sama.. seronok kerana ia adalah subjek yang ringan dan tidak perlu menggunakan otak ke limitnye.. lecturernye pun peramah.. so x de sebab utk aku x skor dalam subjek ni..

lukisan kejuruteraan
juga seronok.. hanya perlu melukis.. tidak memerlukan bakat yang tinggi pun.. tapi sayang yang senang selalu dipandang remeh..

so.. di musim exam ini.. wish me luck.. and i wish you luck too..

2010-10-22

minggu ini minggu gila yang menggilakan...


ade seorang pekerja di jepun pada satu ketika, dia membunuh diri.. dan meninggalkan nota bertulis "hamba pun ade mase utk makan bersama anak isterinya"..

ape maksud ayat diatas... ya.. kesibukan yang melandanya. terlalu sibuk sehingga mengalami tekanan yang tinggi dan akhirnya membunuh diri.

itu la yang melanda ku minggu ini.. aku nak senaraikan satu persatu kerana ia banyak. ianya adalah untuk mengatakan bahawa aku berada dalam alam yang sibuk sepertimana yang ku jangka sebelum ini..

dengan pelantikan ku menjadi Majlis Tertinggi kelab Smart Camp telah menambah lagi kesibukan ku..

belum lagi dengan assignment hubungan etnik yang belom mule progress nye..

juga dengan projek digital elektronik yang blom diketahui ape..

dan tiga lagi test yang akan kuhadapi pada hujung minggu dan minggu hadapan..

serta pendaftran subjek yang akan menimbulkan kontroversi kerana perlu berjumpa penasihat akademik yang tiada di Skudai..

dan juga borang perjanjian Biasiswa JPA yang perlu di jamin dan disahkan oleh kakak serta ketua jabatanku dan juga setem hasil yang perlu didapatkan di pejabat hasil terdekat iaitu di bandar baru UDA...

aku pasrah dengan semuanya.. perlu dilakukan satu per satu sehingga satu masa nanti akan ku hembuskan nafas kepuasan iaitu ketika cuti sem nanti...

wish me luck...

kate2 Aiman "kepenatan itu la keseronokan bekerja"..

2010-10-20

Preview Buku: Matanya Teleskop, Hatinya Dalam Botol Kaca


Buku: Matanya Teleskop, Hatinya Dalam Botol Kaca

Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa2 Hadhari 2

Penulis: Sufian Abas

Terbitan: Sang Freud Press

Harga: RM 15

Halaman: 82 muka surat

Kandungan:

38 koleksi fiksyen



Komen: Antara buku antologi cerpen2 yang terbaik pernah aku baca. keindahan tulisan yang selalunye ditunjukkan dengan cara hiperbola dan metafora memberi sejuta makna dan penuh penghayatan.

Cerita paling best dalam novel ni: tak igt tajuk cerita. Tapi berkisar tentang cerpelai bernama Sam yang meminati cerpelai berwajah lisa suria hani. cerpelai Sam amat menyukai cerpelai lisa suriahani sehingga satu hari Sam kehilangan hati. baru si cerpelai lisa suriahani sukakan Sam tapi cerpelai Sam sudah tiada hati lagi.. TERBAIK.. banyak lagi kisah2 hiperbola dalam buku ni..

p/s: kalau baca buku ni.. jangan baca straight sampai habis.. hayati satu persatu cerpen didalamnye..



nak beli??? Klik SINI atau masuk http://sufianabas.blogspot.com

2010-10-15

adalah kerana 2 minggu yang tidak membosankan...

2 hujung minggu yang lepas iaitu pada 2,3 okt dan 9,10 okt (kedua2nye sabtu dan ahad). aku telah mengisi hujung mingguku dengan seronok skali.. aku mengaktifkan diri selepas menekan butang "activate" dihati ku untuk pergi ke aktiviti kelab smart camp ktc utm...

minggu pertama
aku just ingin berkenalan dengan rakan2 baruku dengan menjoin kem pemantapan smart camp khas utk mereka2 yang ingin berkelayakan menjadi fasilitator.. aku meminatinye.. kerana itu aku joinnye.. memang seronok kerana bukan sahaja kem seronok2 tapi penuh dengan pengisian yang sangat bergune utk mase depan.. modul2 nye bukanlah modul yang biasa.. modul yang aku x pernah terfikir wujud pun ade dimainkannye seperti game pizza frenzy.. game macam dalam komputer, tapi di fizikalkan oleh para senior dan alumni..
ade lagi best iaitu.. pada 12 okt 2010, paper sinar harian johor menyiarkan kesah kami di pantai pasir lanun, mersing itu.. memang terbaik..


minggu kedua..
yang ni baru minggu aku menjadi fasilitator untuk pertama kalinye.. dan adik2 fasi pertama ku yang malang itu terdiri dari pelajar2 spm sekolah tinggi kluang... haha..
bermula pabila MT Aiman mengsms aku 48 jam sebelum kem pendidikan di kolej perdana itu bermula.. aku terpaksa belajar secepat mungkin dan akhirnye aku berharap aku menamatkannye dengan berjaya..
pengalaman baru iaitu belajar bagaimana untuk menjadi pembimbing.. serta beberapa faktor pengalaman lain membuatkan aku menjadi sedikit tertekan ketika membimbing adik2 fasiku ini.. naseb bertukar baik pabila partner fasi ku adalah seorang senior.. terima kaseh kak mar kerana membimbing ku..
pengalaman baruku dan berharap bukan yang terakhir.. semuanya terima kaseh kepada klab smart camp.. kelab yang ingin ku komitmenkan...


2010-09-30

hidup kacau hati girang...

Assalamualaikum..

salam sejahtera, kemunculan kembali aku yang sudah lame menyepi.. kenape menyepi.. kerana hal yang klise berlaku sepanjang penyepian ni..

cume nak beritahu.. ade sesuatu bermain di fikiran..
adakah aku menjadi begini kerana telah ditakdirkan menjadi begini or pilihan aku sendiri utk menjadi begini..

hidup memang susah..
di alam universiti lagi susah..
sedangkan alam selepas universiti lebih2 susah..

tiada yang senang berbanding mati..
orang uruskan..
lebih mudah..

aku suke cabaran..
di alam universiti bermulanya cabaran baru..
selepas berjaya di alam sebelumnye..
untuk prepare ke alam seterusnye..
yang orang kate cabarannye lagi tinggi..
tinggi melangit..
seperti menara kalam anime dragon ball..
tetap ditakluk goku..
aku ingin menjadi sepertinye..
bukan sebagai super saiya..
tapi sebagai insan yang berjaya..

jadi doakan aku..
walaupun 3 bulan sudah aku disini..
mengganti abangku yang sudah grad..
muncul aku meneruskan tradisi..
mungkin anak buah yang masih dikandung kakak ku selepas ni..
tapi tu mase hadapan..
sangat hadapan..
yang penting adalah kini..
dan range 4 tahun kemudian..
doakan aku..
serta kawan2 ku..
sama ada dari tadika, taski, sk, sra, samt, kmph mahupun utm..
sama2 berjaya menjadi pelajar berjaya..
amin..