2010-09-30
hidup kacau hati girang...
salam sejahtera, kemunculan kembali aku yang sudah lame menyepi.. kenape menyepi.. kerana hal yang klise berlaku sepanjang penyepian ni..
cume nak beritahu.. ade sesuatu bermain di fikiran..
adakah aku menjadi begini kerana telah ditakdirkan menjadi begini or pilihan aku sendiri utk menjadi begini..
hidup memang susah..
di alam universiti lagi susah..
sedangkan alam selepas universiti lebih2 susah..
tiada yang senang berbanding mati..
orang uruskan..
lebih mudah..
aku suke cabaran..
di alam universiti bermulanya cabaran baru..
selepas berjaya di alam sebelumnye..
untuk prepare ke alam seterusnye..
yang orang kate cabarannye lagi tinggi..
tinggi melangit..
seperti menara kalam anime dragon ball..
tetap ditakluk goku..
aku ingin menjadi sepertinye..
bukan sebagai super saiya..
tapi sebagai insan yang berjaya..
jadi doakan aku..
walaupun 3 bulan sudah aku disini..
mengganti abangku yang sudah grad..
muncul aku meneruskan tradisi..
mungkin anak buah yang masih dikandung kakak ku selepas ni..
tapi tu mase hadapan..
sangat hadapan..
yang penting adalah kini..
dan range 4 tahun kemudian..
doakan aku..
serta kawan2 ku..
sama ada dari tadika, taski, sk, sra, samt, kmph mahupun utm..
sama2 berjaya menjadi pelajar berjaya..
amin..
2010-05-17
Thomas Cup 2010... Another Nightmare For Malaysia

salam...
ok, ari ni aku nak bercerita tentang satu2 nye piala bertaraf dunia yang boleh malaysia kecapi iaitu piala thomas.. lambang keagungan sukan badminton dunia..
bile ditengok sejarah, malaysia salah satu pasukan hebat sejak dari edisi awal lagi..melahirkan jaguh2 badminton dunia seperti sidek bersaudara, punch gunalan, eddy chong, dan ramai lagi..
dan sekarang datuk lee chong wei.. oleh kerana itu la malaysia diletakkan sebagai pilihan ke-2..
Rasenye memang berat tekanan menjadi pilihan ke-2 di belakang all-star player dari china diketuai lin dan.. dan kegagalan nigeria hadir pada perlawanan pertama dan mungkin juga jeritan penyokong yang hauskan kejayaan piala thomas menjadi antara faktor kegagalan malaysia..
aku datang jugak menyokong. mase malaysia lawan jepun. tapi malaysia kalah dalam game tu.. disebabkan pemain terlalu tertekan (fairuzizuan tazari) atau pemain dah tua.. penat rasenye menjerit. tapi tetap kalah jugak..

esoknye.. malaysia lawan denmark. terbaik. tu je aku boleh katekan.. malaysia memang hebat time tu.. hafiz hashim yang aku rase leh kalah pun boleh menang time tu.. cume choong han penat.. tapi memang hebat malaysia time tu.. aku salute ar..
semi-final, malaysia bertemu china all-star. lin dan, cai yun, fu haifeng, chen jin, xu chen, guo zhendong, bao chunlai.. memang terlalu hebat.. first match chongwei lawan lin dan.. "diayam-ayamkan" chong wei tu.. lin dan memang terlalu hebat.. mungkin ni top form utk lin dan. 2nd match. koo kien keat - tan boon heong lwn cai yun - fu haifeng... tetap jadi perkara yang same.. beregu malaysia macam terlalu tertekan, x leh bertenang.. kalah jugak. 3rd match, choong han vs chen jin, memang x de harapan. choong han terlalu tua utk kalahkan chen jin yang muda.. kalau letak hafiz hashim mungkin ad fight ckit kot..
konklusinye.. malaysia tetap kalah, aku kesal sebab malaysia kalah ngan china terlalu mudah.. final china indonesia.. china menang 3-0... tapi indonesia memang bagi fight kat china sebelum tumbang..ini la masalah malaysia, terlalu mengharap sgt kat chong wei... arap pasni malaysia leh trus maju sekurang-kurangny masuk final yang kali terakhirnye pada 2002..

* kagum ngan aksi piala uber.. korea kalahkan china 3-1.. hebat tol diorang.. itu la semangat yang patut ade kat semua pemain malaysia..
2010-05-07
Mecca - here they come!!!

Assalamualaikum...
lame dah rasenye x menaip blog.. seperti ditinggalkan terbiar..
tapi kini kembali (rajin) untuk menaip blog dgn memberikan info2 tentang dunia aku.
aku penat skang ni, bese ar baru balik dari KLIA, menghantar mak abah aku g umrah, alhamdulillah, impian mereka selama ini telah menjadi nyata. memang sesuai la masenye dimane aku ngan abang aku ade kat umah untuk menjaga umah, kebun2, ladang2 dan estet2 yang ade..
selama 2 minggu ni, biarla mak abah aku menenangkan fikiran di mekah sane..
dah lame dah diorang rancang trip ni. aku rase dari aku spm lagi, dan inila masenye tuk melunaskannye... semoga diorang dapat beribadah dengan sempurna... amin..

ade satu cerite di KLIA tadi, aku pergi ngan pakcik n makcik aku. first time gi, rase adrenalin bergerak laju dalam salur darah ni. rase cam nak pergi bercuti sekali. tu je la yang wat aku teruja, setakat tgk kapal terbang tu ape sangat la yang seronoknye..
pastu mase nak balik, kitorang dah bayar duit parking, tapi mase nak kuar dari gate keluar parking tu kene masukkan balik coin parking. patutnye lepas bayar kat mesin paying parking tu kne amik koin tu balik. tapi kitorang terlupe(x tau sebenanye).. abis la, kelam kabut kami mase tu.. selepas hampir sejam mencari konklusi, akhirnye kami pun berjaye keluar. terima kasih kepada abang parking yang membantu dgn tatatertib yang pekerti. elok2 kene byar RM11 pada awalnye, tambah lagi RM3.50. tapi x pela, kate pakcik aku.. "kalo dah jadi camni, lain kali jgn terkene lagi.."
2010-03-29
Class Party!!!

akhirnye, para student Kolej Matrikulasi Pahang sudah sampai ke satu masa yang sangat sukar untuk dilalui, iaitu mase untuk study week serta bersedia untuk berpisah ngan kawan2 yang dikenali sejak setaun lalu, lebih2 lagi classmate. Oleh sebab itu, kitorang sume wajib ade jamuan klas dan itu la ape yang klas 1F04 buat pade petang semalam 28 mac bermula jam 5.00 ptg..
Kitorang punye menu hanye la nasi goreng dan ayam yang belum dibakar, dan tugas kitorng ptg tu adalah membakar ayam. Bertempat di satu sudut di tepi tasik, kami meletakkan barang2 lalu mencuba memasang api secara manual. Agak lame la pasang api coz angin ptg tu kuat. Setelah lame menunggu akhirnye, api yang dipasang oleh Duwe menjadi juga. kitorang pun startla membakar.
Ketika membakar tu la ade episod2 gembira dimane diorang telah memulakan permainan perang tepung. yeah... x sangka leh men tepung2 plak mase tu. habis hilang sume konsentrasi aku untuk membakar ayam tu dek kerana kekejaman member2 ku itu.. x gune punye kawan.. hehehehe
x cukup ngan tepung, diorang wat lak belon isi air, dan aku juga menjadi salah sorang mangsanye. ptg itu perangai diorang (bukan aku) x ubah macam budak lima taun bergembira bermain bersama kawan2. setelah lame menunggu, lebih kurang kul 6 ptg. kitorang pun makan ayam yg dimasak. Walaupun dimasak oleh amatur, tapi dah lapar, telan je la...
Party tu abis pada pukul 7.30 malam selepas azan maghrib berkumandang. Selepas mengagihkan cokelat dan sesi bergambar, serta menyiapkan pembakaran ayam yang belum abis dibakar, kami pun balik ke blok masing2 dengan hati yang gembira.
Pendek kate, aku x sangka party ni leh jadi havoc camni. dengan aku dok lari2 kejar dak2 tu, diorang pun dok kejar aku. main baling2 tepung (ni yang aku x leh terima). abis jadi orang putih jap ptg tu..tapi secara overall, aku suke ngan party ni.. kitorg dapat reduce sikit tension yang ade coz minggu depan dah start exam... one of the best part of my life.. hope it will be one of our memory from the short term in matric.. tq u all. and All the Best for PSPM II..
2010-03-12
TAHNIAH!!!!

dikesibukan aku kat kolej ni menyiapkan diri utk menempuh PSPM II yang akan menjelma, ade berita menggembirakan datang dari sahabat2 sekolah lama ku... ya.. result Sijil Tinggi Agama Malaysia 2009 telah keluar bersama result sijil tinggi malaysia...
2010-03-10
Penipuan FAM???

UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.
Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.
Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.
“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.
Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.
Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.
Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.
Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.
Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.
“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.
Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.
Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.

Ya... Inilah kenyataannye... mule2 aku x caye... tapi selepas buat seikit selidikan.. ternyata artikel ni btol... kalo x caye cube tgk link ni..
http://www.futbalsfz.sk/ligy/muzi-prva/vysledky/
x ade pun malaysia U-21 dalam table liga tu... dan x ade pun schedule liga yang melibatkan Malaysia... liga ni pun dah bermula lame dah... dah masuk matchday ke 20...
ape ni.. kalo cakap perlawanan persahabatan je aku leh terima.. tapi FAM besar2 kan isu Malaysia dapat masuk liga tu dan leh kutip mate.. camne la bola kite nak maju kalo orang atasan sendiri x tulus camtu.. aku pelik ar...



