Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

2010-02-14

Hukum sertai Facebook...


Ok.. ari ni aku nak cite pasal laman sosial paling glemer kat dunia skang ni.. satu ari.. aku dgr facebook ni menindas orang islam, aku percaya, lagi2 bile pengasasnye adalah orang israel.... i hate israel.. tapi aku pelik, nape facebook sangant glemer. ntah la.. aku tetap ngan pendirian aku utk x nak bukak akaun facebook. dan satu ari yang indah lagi permai, aku bace artikel ini yang dipetik dari harian Metro bertarikh 10 januari 2010...

Hukum Menyertai Facebook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).


2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.


4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.



http://www.hmetro.com.my/articles/HukumsertaiFacebook/Article/



# ini la sebab utama aku buka akaun facebook. tapi kalau dah terbukti facebook ni menindas orang islam.. aku x kan teragak2 tutup akaun aku.. live for islam for our life..

2010-02-09

Minggu Sains KMPh

Minggu sains KMPh telah diadakan pada minggu lepas. ia diadakan bertujuan untk memberi hiburan berinformasi kepada pelajar. dalam minggu itu tlah diadakan beberapa acara pertandingan sperti pelancaran roket, pertandingan mind-mapping dan beberapa pameran. minggu itu juga adalah minggu yang sangat memenatkan kerana disamping menjayakan minggu sains, aku juga perlu menjyakan rutin harian aku selaku pelajar matrik. ini bermakna, dengan adenye minggu sains ini, maka bertambahlah kerja2 aku. yang perlu menyiapkan tutorial, lab report, dan juga beberapa asignment yang kebetulan due datenye berada pada minggu tersebut...

heri dan duwe bertungkus lumus menyiapkan roket...


inila hasilnye...

pada hari jumaat lepas, telah dilangsungkan acara pelancaran roket. meriah tul petang tu sebab sume pelajar nak tgk roket, x terkecuali aku sebab aku juge penyumbang idea utk wat roket tu. kitorang dapat giliran ke-10. dan akhirnye, roket yang memakan mase 2 malam utk disiapkan itu telah berjaya mencapai sejauh 86.5m. jauh tu... ni first time aku wat roket, jadi ade rase teruja lah.. tapi juara pertandingan itu sangat la jauh.. 140+ m. rase x munasabah plak.. dah la designnye pelik dan klaka. tahniah utk diorang. roket juara itu telah mendapat gelakan dari kitorang semasa roket itu dibuat, dan akhirnye diorang menang. member aku berkata "so, moral of the story, dont judge the book by its cover.. kte pandang rendah kat orang, tp kte tau their true ability.. dh tau ternganga la korang..."

2010-01-30

Happy 19th Birthday....


HAPPY BIRTHDAY

Special for someone special to me...
semoga panjang umur , murah rezeki...
Hidup diredhai ALLAH...
dipermudahkan segala kerjanye...
diterima segala amalannye...
diukir senyumannye setiap mase...
diberi ketenangan dan kesenangan hidup...
dan diberi kejayaan utknye...
congratulation for being 19th...
happy birthday...

2010-01-20

Tokyo Dogs



Sinopsis

Takakura So witnessed his father's murder at a young age. Pledging to catch the killer, he grows up to become an elite cop in New York City, where the criminal lives. His character is cool-headed and disciplined, yet adapts well. Because of major drug dealings, he gets sent to Tokyo to conduct a joint investigation with the Japanese police. There, he gets teamed up with, Kudo Maruo, a detective from a special investigative division. Kudo is a hot-blooded fighting expert due to his earlier days as a delinquent, but he makes a strong impression with his stylish appearance and is always interested in going on group dates. His personality, interests, and investigation methods are completely mismatched with Takakura's, but the two somehow work together to crack the case they've been given.

Cast

Oguri Shun as Takakura Sou
Mizushima Hiro as Kudo Maruo
Yoshitaka Yuriko as Matsunaga Yuki


Comment

Ok, aku baru je abis tonton cite, secara keseluruhan cite ni sonok. Main idea die best, mengisahkan camne Matsunaga Yuki tu dapatkan balik memori die yang hilang, ngan Takakura Sou mengejar pembunuh bapakny iaitu Jinno yang jugak ex-bf Matsunaga Yuki. memang tersusun cara penceritaanny, pelakon yang diorang pilih pun tip top... sape x knal oguri shun?? cume side idea die kurang cikit la, kalo dijadikan filem best aku rase... pendek kate 4.5/5 aku bagi tuk cite ni. First drama i watch in 2010.


it is weird right?? we chase person with very diff
LiveTyping.com

2010-01-13

YUI - GLORIA



first single of YUI in 2010...
released on 20 january 2010,
ape yang aku minat adalah video klipnye. Sonok, dan penuh makne...
pastu aku terpikir, ade ke orang camni??? ade kot..
pasal tu la wujud video camni... ape2 pun enjoyzz..
nice vidzz.


download video klip YUI-GLORIA :
Rapidshare
Megaupload
Hotfile

2009 pergi, 2010 mari...


2009, tahun penuh perubahan...
first time dalam mase 11 tahun aku tido dirumah semasa budak2 lain bergegas ke sekolah,
first time aku dudok hostel semasa masuk matrik
first time aku blaja di negeri lain
first time aku ade kawan dri negeri lain
first time aku rase perubahan mendadak terhadap diri aku
first time juga aku rase sakit hati kerana seorang perempuan,
tapi xpe, diusia 18 tahun ini, banyak yang aku hadapi dan bnyk juga yang perlu aku hadapi, sedikit sebanyak mengajar aku ape itu kehidupan... dan membuat aku menjadi lebih matang dan elegan hendaknye..
pendek akte, 2009 memberi aku peluang untk mengenal dunia ini, mengenal kehidupan ini, dan mengenal sape diri aku ini...


2010, tahun harapan...
ya.. sume orang ade azam tahun baru, aku pun ade, cume x pasti sama ada azam aku boleh tercapai atau x... yang penting, taun ni aku akan masuk universiti. satu nama yang besar yang aku cita2kan sejak sekolah rendah lagi...
aku harap aku akn menjadi lebih elegan berbanding taun lepas...
itu harapan aku... amin.....